Aktiviti Semasa/Akan
Datang, Pasukan Sukarelawan Ronda
7-Feb-2009 - Program
BBQ bersama penduduk.
Objektif program ini adalah untuk
mengeratkan perpaduan dan saling
mengenali dikalangan penduduk didalam skop
rondaan Pasukan Sukarelawan Ronda (PSR).
Mungkin para bapa lebih kenal sesama mereka
tetapi kaum ibu mungkin tidak berpeluang
mengenali lebih rapat jiran terdekat. Oleh
yang demikian program sebegini diadakan dari
masa ke semasa bagi membina landasan buat
penduduk lebih mengenali sesama mereka. Pihak
PSR amat berharap agar semua penduduk dapat
meluangkan masa menyertai program ini agar
semangat kejiranan yang telah lama terpupuk
dapat dieratkan lagi.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai
program tersebut.
Program ini tertutup kepada semua
penduduk yang tinggal di kawasan
rondaan PSR iaitu penduduk di jalan
1/13, 1/14, 1/15, 1/16, 1/17 dan 1/18.
Jemputan adalah merangkumi seisi
keluarga.
Bayaran penyertaan adalah RM20 setiap
keluarga.
Program bermula pada jam 9pm hingga
11pm.
Menu asas adalah ayam, sosej, ikan,
bihun goreng, buah-buahan dan minuman
sejuk.
Menu tambahan akan disediakan
bergantung kepada lebihan kutipan.
Bayaran penyertaan mesti dilakukan
selewat-lewatnya pada hari Rabu
4-Feb-2009 dan nyatakan bilangan
anak.
Buat bayaran kepada mereka yang dibawah
:
Kyairul (33, jln 1/13)
Hasli (27, jln 1/15)
Nasir (2, jln 1/17)
Param (48, jln 1/14)
Fadhil (45, jln
1/16)
Amin (12, jln 1/18)
Tajaan makanan seperti snek untuk
kanak-kanak, kuih-muih, air mineral dan
sebagainya adalah dialu-alukan. Sila
maklumkan lebih awal sekiranya anda ingin
menaja.
22-Nov-2008
- Gotong-royong kenduri perkahwinan anak
Sukarelawan Ronda.
1-November-2008
- Mesyuarat Pasukan Sukarelawan
Ronda.
9-Ogos-2008 - Jamuan makan bersama penduduk
telah digantikan dengan jamuan makan bersama
keluarga Sukarelawan
Ronda.
20-Jul-2008 - Membaiki palang
keselamatan di pintu masuk ke-2, Fasa 7.
Maklumat lanjut di blog BTK.
13-Jul-2008 - Menghantar
beberapa SR untuk mewakili pasukan Fasa 7B ke
pertandingan Bolasepak Veteran Tertutup
Bandar Tasik Kesuma. Pasukan Fasa 7B tewas
diperingkat kumpulan.
15-Jun-2008 - Kejohanan
Bolatampar Tertutup Pasukan Sukarelawan
Ronda. Ramai yang tidak puas bermain
bolatampar pada kejohanan yang lalu, maka,
sekali lagi pertandingan bolatampar diadakan.
Maklumat lebih lanjut dipaparkan di blog BTK.
14-Jun-2008 -
Mesyuarat Pasukan Sukarelawan
Ronda pada jam 9:30pm -
11:30pm
25-Mei-2008
- Gotong-royong di majlis perkahwinan
anak SR Sahidin. Sukarelawan Ronda
sahaja.
12-Mei-2008 - Mesyuarat
mengenai gotong-royong di majlis perkahwinan
anak SR Sahidin. Sukarelawan Ronda
sahaja.
27-Apr-2008
- Pertandingan bolatampar tertutup
antara pasukan harian Sukarelawan
Ronda.
20-Apr-2008 - Memasang
timer bagi bekalan kuasa letrik ke
gelanggang badminton dan lampu luar
kabin
20-Apr-2008 - Perubahan
struktur dalaman kabin bagi tujuan
penyimpanan meja dan kerusi.
22-Mar-2008 -
Mesyuarat Sukarelawan Ronda pada
jam 10:45pm -
11:45pm (Peserta
akaun khemah)
22-Mar-2008 -
Mesyuarat Sukarelawan Ronda pada
jam 9:30pm -
10:30pm
19-Mar-2008
- Kelengkapan
peralatan keselamatan seperti whistle,
rotan, vest dan lampu suluh
telah tersedia.
19-Mar-2008
- Surat rasmi
telah dihantar ke MPKj dengan
menyenaraikan rumah yang masih kosong
dengan rimbunan lalang yang melampau,
bagi MPKj mengambil
tindakan.
24-Feb-2008
- Membina
gelanggang bolatampar
24-Feb-2008
- Membaiki dan mengecat palang besi di pintu masuk
kedua Fasa 7
24-Feb-2008
- Mengecat
kabin
23-Feb-2008 -
Membasuh bahagian luar
kabin
19-Jan-2008
- Mesyuarat
Sukarelawan
Ronda
12-Dis-2007
- Menghantar surat
kepada pemaju Agenda Istimewa
23-Nov-2007
- Mesyuarat
Sukarelawan
Ronda
13-Okt-2007
- 12-Nov-2007 -
Majlis rumah terbuka di
kalangan Sukarelawan Ronda
(SR). Ramai SR yang membuat
rumah terbuka dan untuk tahun ini khemah
SR telah digunakan secara optimum. Khemah
dipasang tanpa membukanya, hanya
digerakkan dari rumah ke rumah. Hampir
setiap minggu makan percuma siang
malam.
29-Jul-2007
- Telah menghantar
satu pasukan bolasepak bagi membawa
cabaran pihak Sukarelawan Ronda didalam
kejohanan bolasepak veteran tertutup
Bandar Tasik Kesuma yang
telah berlangsung di padang Kampung Baru,
Semenyih. Pertandingan
yang dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan
setiap pasukan mewakili setiap fasa.
Hanya fasa 7 yang telah menghantar 2
pasukan iaitu Fasa 7A dan 7B. Pasukan
fasa 7B adalah terdiri dari
Sukarelawan Ronda. Fasa
7B telah bermain sebanyak 3 kali
diperingkat kumpulan dengan seri 1 kali
(1-1), kalah 2 kali (0-1,0-4). Manakala
fasa 7A berjaya ke peringkat separuh
akhir tetapi tewas dengan sepakan
penentuan penalti setelah kedua-dua
pasukan terikat sehingga masa penuh.
Syabas diucapkan kepada pasukan 7A dan 7B
kerana sudi membawa cabaran didalam pertandinga
ini dengan setiap pemain adalah "Made In Fasa
7". Desas-desus mengatakan terdapat pasukan
yang mengimport pemain dari luar Bandar
Tasik Kesuma walaupun ini adalah
kejohanan tertutup. Kepada pasukan yang
berkenaan, harap dapat membaiki keadaan pada
kejohanan yang sama di tahun hadapan. Sekiranya
ada lagi pasukan yang bersikap seperti demikian
di tahun hadapan, dapatlah kiranya mereka
menarik diri dan bertandinglah di kejohanan
yang lebih "elit" bertaraf lima bintang.
Janganlah jadikan kami budak belasahan; anda
adalah BUKU dan carilah RUAS yang
sepadan.
12-Jul-2007
- Mesyuarat
Sukarelawan
Ronda
22-Jun-2007
- Tarikh akhir
pengumpulan isu-isu yang akan
dibincangkan dalam mesyuarat akan
datang
10-Jun-2007
- Buat pertama
kalinya, khemah, kerusi dan meja yang
dibeli oleh kumpulan sukarelawan
ronda digunakan di majlis
pertunangan anak Encik Sahidin. Encik
Sahidin adalah salah seorang anggota
sukarelawan
ronda.
06-Jun-2007
- Analisa kaji
selidik diterbitkan di laman Web
ini
19-Mei-2007
- Majlis BBQ
anjuran sukarelawan
ronda. Jemputan hanya kepada
ketua keluarga sahaja. Bayaran sebanyak
RM7 seorang.
16-12-2006
- Acara mengacau
dodol bersama penduduk. Jemputan kepada
semua keluarga yang menghuni rumah di
jalan 1/14, 1/16, 1/17, 1/18.
11-Nov-2006
- Majlis jamuan
Hari Raya Aidilfitri 2006 anjuran
sukarelawan ronda. Jemputan kepada semua
keluarga yang menghuni rumah di jalan
1/14, 1/16, 1/17, 1/18.
14-Jul-2006
- Pengedaran hasil
analisa kaji selidik.
03-Jun-2006
- Jamuan makan
malam keluarga bertempat di rumah Amin.
Jemputan kepada semua keluarga yang
menghuni rumah di jalan 1/14, 1/16, 1/17,
1/18. Bayaran sebanyak RM15 setiap
keluarga yang menyertai.
22-Apr-2006
- Kertas cadangan
hari keluarga untuk sukarelawan
ronda dikeluarkan.
03-Apr-2006
- Pengedaran borang
kaji selidik berkenaan dengan aktiviti
ronda.
Maklumat Terperinci Aktiviti Yang Telah
Dijalankan
19-Mei-2007 Majlis BBQ anjuran
sukarelawan ronda. Jemputan hanya kepada ketua
keluarga sahaja. Bayaran sebanyak RM7 seorang.
Laman Web ini diselenggara oleh Webmaster www.bandartasikkesuma.com. Sebarang bentuk penyalinan semula dalam apa jua bentuk adalah dilarang melainkan mendapat kebenaran bertulis dari pihak Webmaster. Hubungi Webmaster di admin@bandartasikkesuma.com