sukarelawan

 

Selamat Datang,

Terima kasih kami ucapkan kepada anda yang melayari laman Web kami. Kami di sini menyediakan sedikit informasi mengenai komuniti Pasukan Sukarelawan Ronda (PSR). Di samping itu, dipaparkan juga pautan terpilih yang mungkin dapat menambah informasi sedia ada dan juga penawaran perkhidmatan oleh PSR.

Komuniti kami merangkumi masyarakat berbilang kaum tanpa mengira warna kulit, bangsa, pegangan agama, budaya dan terdiri dari pelbagai peringkat umur.

Pasukan Sukarelawan Ronda

Pasukan Sukarelawan Ronda (PSR) bukanlah satu pertubuhan yang berdaftar. Kami terbentuk dari individu yang bergabung dan berkerjasama antara satu sama lain. Kami mewakili kumpulan-kumpulan kecil yang membentuk kumpulan harian. Kami kini telah berusia 5 tahun, bertugas secara sukarela dengan satu matlamat untuk memelihara keselamatan penduduk dari gangguan pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan menceroboh rumah penduduk. Sejarah lalu telah merekodkan bahawa wujudnya rompakan bersenjata yang antaranya perompak meletakkan parang dileher penghuni rumah. Mahukah anda melihat anak dan isteri anda mengalami trauma sedemikian sepanjang hayat mereka? Jika jawapan anda adalah "TIDAK", ayuh sertai kami!

Skop Rondaan

Pagi Di Bandar Tasik Kesuma

Kawasan yang terlibat dengan rondaan kami adalah di :

Jalan 1/13, 1/14, 1/15, 1/16, 1/17, 1/18
Fasa 7B, Bandar Tasik Kesuma,
Beranang,
43700 Selangor.

Mengapa skop rondaan hanya di kawasan di atas?
Sila baca "Sejarah Kami"

Objektif Mewujudkan Pasukan Sukarelawan Ronda

  • Memelihara keselamatan penduduk dan harta benda khususnya disebelah malam
  • Mengeratkan tali silaturrahim di antara penduduk tanpa mengira warna kulit, bangsa, pegangan agama, budaya dan peringkat umur
  • Mewujudkan sikap berkerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, bangsa, pegangan agama, budaya dan peringkat umur

Bandar Tasik Kesuma (Sumber : wikipedia)

Bandar Tasik Kesuma atau Kesuma Lakes merupakan kawasan perumahan baru ,sejak 2001. Terletak di antara Semenyih dan Beranang. Terletak kira-kira 13 km dari Kajang dan 5 km dari bandar Semenyih. Bandar Tasik Kesuma ini dibina atas sebahagian Lot 775, Mukim Beranang, Selangor Darul Ehsan. Pemaju hartanah kawasan perumahan ini ialah Agenda Istimewa Sdn Bhd . Agenda Istimewa Sdn Bhd dipunyai oleh Nam Fatt Berhad , syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur. Taman yang berdekatan ialah Bandar Rinching, Taman Pelangi Semenyih ,Taman Rinching Indah , Kampung Rinching Tengah , Kampung Rinching Hulu , Semenyih dan Beranang.

Bagaimana Saya Dapat Menghubungi Pemaju Hartanah Agenda Istimewa?

Pemaju Agenda Istimewa Sdn Bhd boleh dihubungi melalui :

Sales & Marketing Department
No. 1, Jalan Kesuma 3/2
Bandar Tasik Kesuma,
43700 Beranang, Selangor.

Tel : 03-8723 2388 / 012-2778666
Fax : 03-8723 0388.

"BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH"

Iklan Berbayar

Ingin mengiklankan produk anda disini? Sila hubungi Webmaster


Dapatkan Tips-tips Penjimatan Elektrik Di Sini


Perkhidmatan Kami 

Jamin




 

Tawaran