Salam sejahtera,

Semakin hari semakin bertambah penduduk di Bandar Tasik Kesuma dengan majoritinya beragama Islam. Bandar Tasik Kesuma dijangka akan mempunyai 25 ribu buah rumah apabila keseluruhan projek ini siap sepenuhnya. Pada ketika ini terdapat 9 fasa perumahan yang telah dibangunkan oleh pemaju Agenda Istimewa. Memandangkan kepadatan penduduk Islam begitu tinggi di kawasan sekitarnya sedangkan masjid kampung Rinching dan masjid Beranang juga kini agak sesak, maka adalah wajar sebuah masjid dibangunkan di Bandar Tasik Kesuma. Tambahan pula Kolej Kemahiran Tinggi MARA terletak bersebelahan Bandar Tasik Kesuma dan kolej tersebut telah mula membuat pengambilan pelajar.

Cadangan pembinaan masjid Bandar Tasik Kesuma adalah merupakan usaha Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid untuk membina dan menyediakan sebuah masjid yang dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk Bandar Tasik Kesuma dan sekitarnya. Dianggarkan kos bagi kerja-kerja awal sebanyak RM50,000 dan kos ini mungkin akan meningkat.

Selaras dengan tujuan murni tersebut, diharap semua masyarakat Islam khususnya penduduk Bandar Tasik Kesuma, penduduk sekitar, badan korporat, persatuan dan juga pihak kerajaan agar dapat tampil menghulurkan sumbangan bagi menampung kos peringkat awal dan kos pembinaan masjid tersebut. Sumbangan boleh disalurkan melalui :

  • bank-in ke akaun Bank Muamalat atas nama Tabung Pembinaan Masjid Bandar Tasik Kesuma (nombor akaun 1207 0005 4987 16) atau
  • melalui cek atas nama Tabung Pembinaan Masjid Bandar Tasik Kesuma atau
  • serahan tunai.

Sila muat-turun Borang Sumbangan Masjid BTK untuk mendapatkan maklumat bagaimana wang tunai atau cek dapat diserahkan.