Tarikh 4-Jan-2010 mungkin menjadi sejarah buat pelajar Tahun 1 di seluruh Malaysia dan tidak terkecuali kepada mereka yang bergelar murid Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma. Suasana hiruk-pikuk kegirangan jelas terpancar di wajah mereka dan ada pula yang berwajah muram.

sesi persekolahan 2010 btk

Permulaan melangkah ke sekolah telah dimulai dengan sesi taklimat khusus buat ibubapa agar perjalanan pendaftaran berjalan lancar dan ibubapa mendapat maklumat-maklumat penting berkaitan sekolah.

sesi persekolahan 2010 sekolah agama

Sesi persekolahan 2010 di sekolah KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain) juga tidak kurang meriahnya. Dengan langkah bergaya mereka berpakaian baju kurung manakala murid lelaki berpakaian baju Melayu lengkap bersampin hijau. Sungguh mengujakan jika dibandingkan dengan persekolahan murid-murid era sebelum 80-an sungguh jauh berbeza. Mungkin kebanyakan mereka tidak merasa kekok kerana telah mendapat pengalaman asas di peringkat tadika.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Smarking