Ramadhan kini muncul kembali. Puasa tahun lepas dah habis bayar ke? Nampaknya tak sempat la kalau masih belum bayar. Tentu masing-masing kini sibuk membuat persiapan menyambut Ramadhan yang dijangka bermula pada 1 atau 2-Sep-2008.  Rasanya sepertimana tahun-tahun yang sudah ruang tapak pasar malam di Business Centre, Bandar Tasik Kesuma akan dipenuhi dengan peniaga yang menjual berbagai juadah untuk berbuka puasa. Semoga kita semua memperoleh kesihatan yang baik untuk mengharungi ibadah puasa dengan penuh penghayatan dan kejayaan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan membuat perisytiharaan tarikh bermulanya puasa pada malam ini di saluran media. Dapatkan maklumat lanjut mengenai masa berbuka dan imsak di http://www.islam.gov.my/portal/puasa.php