Kad RamadhanSalam sejahtera,

Esok dengan rasminya rakyat muslim Malaysia memulakan ibadah puasa. Demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah menerusi siaran radio dan televisyen malam tadi. Perisytiharan tarikh itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Semoga apa jua ibadah yang kita jalani mendapat keberkatan-Nya… Amin.

Ada sedikit ole-ole Ramadhan buat anda pembaca yang dihormati, sila klik link ini => Ramadhan Handbook

Buat semua Sukarelawan Ronda F7B, waktu operasi di bulan Ramadhan adalah seperti tahun-tahun yang telah lalu iaitu dari jam 2am – 4am bagi memberikan peluang kepada peronda bersahur bersama keluarga. Pencuri di bulan puasa lebih aktif sebab mereka juga perlukan wang yang lebih bagi memenuhi keperluan persediaan menyambut Aidilfitri. Sepertimana kita, mereka juga mungkin ada anak bini yang memerlukan persalinan baju baru, kasut baru, yang dalam yang luar yang baru dan macam-macam lagilah. Sekiranya ada acara BBQ di bulan Ramadhan, ianya hendaklah diadakan selepas majlis solat terawih. Dan kepada semua Sukarelawan Ronda F7B yang beragama Islam, sama-samalah kita mengerjakan solat sunat terawih berjamaah di surau Al-Fateh, Fasa 7, BTK.