Penting sangatkah mengundi ni? Tepuk dada tanya selera. 1 undi dari anda adalah penting untuk mencorakkan gaya pemerintahan Malaysia untuk 5 tahun akan datang. Berbagai strategi dilakukan oleh parti-parti yang bertanding dalam menarik pengundi. Kempen sana-sini tak putus-putus dengan calon kembali ke akar umbi bagi memancing undi. Diharapkan perang kempen sehingga esok berjalan lancar tanpa kejadian yang tidak diingini. Agak sedikit terkejut bilamana Suruhanjaya Pilihanraya membatalkan penggunaan dakwat yang akan dicalit di kuku pengundi yang selesai membuang undi di saat akhir. Berbagai tafsiran dilemparkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya walaupun penjelasan telah diberikan oleh SPR dan Polis mengenai pemansuhan kaedah tersebut.
Bagi yang ingin mengundi pastikan anda menyemak terlebih dahulu tempat membuang undi. Jangan nanti dah pukul 4.45pm tiba di tempat mengundi dan didapati nama anda tiada di situ dan sebenarnya nama anda didaftarkan di kawasan lain yang tidak memungkinkan anda tiba dalam masa 15 minit. Masa mengundi ialah dari jam 8:00am – 5:00pm.
Penyemakan melalui Internet
Sila layari http://daftarj.spr.gov.my
Penyemakan melalui SMS
Langkah 1 : Tulis satu SMS baru
SPR<jarak>No Kad Pengenalan
Contoh : SPR 750602145780
Langkah 2 : Hantar
Hantarkan ke 39111 atau 33626 atau 32232 atau 39988 atau 29777 atau 36677 atau 33030
Selamat mengundi, undi anda adalah rahsia.