Wind of Change!
Itulah tajuk lagu nyanyian kumpulan rock dari Jerman, Scorpion. Dengan pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihanraya mengenai keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 Malaysia bermula dari tengah malam sehingga awal pagi tadi menyaksikan rakyat membuat keputusan menukar pemerintahan 4 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor. Satu kejutan besar buat kerajaan Barisan Nasional (BN) yang nampak kukuh berkuasa bagi negeri-negeri selain Kelantan untuk tempoh yang lama. Selain itu kerusi parlimen di Dewan Parlimen juga kini banyak diisi oleh pembangkang yang telah menidakkan kuasa majoriti 2/3 kerajaan BN di parlimen.
Apakah pendapat anda tentang kejatuhan 4 negeri di atas kepada Barisan Alternatif (BA) dan kejatuhan beberapa kerusi parlimen kepada BA?





