Salam sejahtera,
Esok merupakan cuti umum persekutuan bagi meraikan kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Sambutan peringkat kebangsaan pada tahun ini akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 8 pagi. Sementara itu sama-samalah kita menghayati pesanan dari Ustaz Akil Hayy.
Juga, pastikan anda tidak akan melepaskan peluang keemasan menonton rancangan Marhaban, khas sempena Maulidur Rasul, yang bersiaran pada hari Khamis, 20 Mac, jam 12.00 tengah hari, di RTM1.





