Apa dah jadi?
Kalau buang sampah ditempat yang bukan sepatutnya, menjadi satu kesalahan, inikan pula membuang bayi sesuka hati. Kes terbaru yang direkodkan berlaku di Taman Datuk Taha, Gemencheh, dekat Tampin 14 Julai lalu. Pengusaha Restoran Moncheh, Syed Jaafar Mohammad, 46, yang menemui bayi perempuan dalam keadaan muka masih berlumuran darah dan kesejukan selepas ditinggalkan di restorannya berharap mendapat hak penjagaan ke atas bayi tersebut. Tak pasal-pasal pakcik tu dapat bonus, rezeki tu. Sedang orang lain berangan-angan inginkan anak, masih ada lagi makhluk bergelar manusia yang sanggup membuang bayi mereka umpama membuang sampah di tepi jalan.
Sumber : Berita Harian