Tahun ini kita akan meraikan sambutan 50 kemerdekaan negara kita Malaysia. Saya amat berbangga kerana terdapat banyak rumah di dalam BTK yang mengibarkan Jalur Gemilang (JG). Syabas! Dalam pada kita berbangga mengibarkan JG janganlah pula kita lupa mengenai rasa hormat kita terhadap JG. Apa yang diperhatikan ialah, terdapat rumah yang mengibarkan JG secara ala kadar sahaja. Ada yang senget, ada yang kibar tapi macam tak kibar, ada yang pasang terlalu rendah takut nanti dikencing dek kucing atau anjing, ada JG yang dah terlalu comot (kalau comot, buka lah balik dan basuh), ada yang lebih teruk sampai dah koyak rabak pun masih dikibarkan. Rasanya perkara ini tak sepatutnya berlaku.
Saya tidak bermaksud untuk menyeru anda mendewa-dewakan JG, tetapi JG adalah sebuah lambang yang mesti dihormati. Jika kita lihat pada upacara rasmi ketika menurunkan bendera sesebuah negara dari tiang bendera, bendera tidak dibiarkan melesoh di atas tanah sebaliknya akan diampu dibahu. Betul tak?