Sekali lagi saya ingin bercakap mengenai Jalur Gemilang (JG). Saya benar-benar terkejut dengan kejadian membakar JG di Terengganu baru-baru ini dalam satu siri protes terhadap pihak polis yang melarang satu perhimpunan politik. Sekiranya individu terbabit merupakan seorang rakyat Malaysia, alangkah sedihnya kerana kita memiliki individu dengan mentaliti sedemikian.
Dalam kita ghairah menyambut 50 tahun kemerdekaan negara kita yang tercinta, rupanya masih ada lagi individu yang keciciran dalam dunia persekolahan. Tidakkah mereka tahu bahawa perbuatan membakar JG itu suatu perbuatan yang biadap. Sekiranya individu yang membakar JG itu seorang yang bergelar warganegara Malaysia dan menganggap perbuatannya itu adalah tidak menyalahi etika, SILALAH TINGGALKAN NEGARA
Gambar petikan dari Berita Harian, Isnin 10-Sep-2007.
