Salam sejahtera,

Macam biasa la selepas 1 Syawal banyaklah rumah yang mengadakan majlis ini samaada majlis bersaiz S/M/L, perut naik sebu menghadiri majlis seumpamanya itu. Dalam pada itu dapatlah juga kita mengeratkan tali silaturrahim sesama jiran, yelah kalau nak bertegur sapa diluar dari majlis ini mungkin agak sukar. Masing-masing ada yang sibuk kerja balik lewat masuk rumah dan terus layan anak-anak sampai tertidur kat ruang tamu. Almaklumlah, rumah kita ni jauh dari KL, jalan sesak pulak tu.

Tak ketinggalan, saya pun ada jugak mengadakan majlis ini secara kecil-kecilan sahaja pada 27-Okt-2007 yang lalu. Lagipun nak test khemah baru yang dipunyai oleh Sukarelawan Ronda, kira-kira balik modal gitu. Apa tidaknya, modal RM100 tapi untuk yang menyumbang, cuma perlu bayar RM30 aje. Kalau sewa kat luar, sendiri mau ingatla… Tahun-tahun yang lalu tak buat sebab budget tak ada, tapi tahun ini ada la sikit-sikit, itu yang buat jugak untuk merapatkan hubungan sesama jiran. Boleh dikatakan ke semua yang dijemput telah menghadirkan diri bersama keluarga.

Terima kasih jiranku.

“Semangat kejiranan yang unggul tidak akan mengira warna kulit, bangsa, pegangan agama, budaya dan peringkat umur”