Syabas! yang pasti bukan SYABAS.
Terimakasih kepada semua Sukarelawan Ronda (SR), Bandar Tasik Kesuma (BTK), Fasa 7B yang telah sudi meluangkan masa dan bergotong-royong menyelenggara kabin ronda, membina
gelanggang bolatampar dan mengecat palang keselamatan pada hari Ahad 24-Feb-2008 yang lalu. Ramai yang hadir menjadikan kerja lebih mudah dan cepat. Tak ketinggalan juga ramai yang telah menyumbangkan makanan bagi mengisi perut SR yang sentiasa kosong. Semangat begini memang telah menjadi kelaziman bagi SR sejak aktiviti rondaan keselamatan malam diwujudkan.
Kabin ronda telah dicat baru dengan warna hijau kedamaian sebagai tema pada kali ini. Warna ini telah dipilih oleh majoriti SR. Juga 2 pintu telah digantikan dengan yang baru. Pintu lama telah lama usang dan telah berusia kira-kira 3 tahun.
Sebagai memenuhi keperluan bersukan, sebuah gelanggang bolatampar bersaiz sebenar telah dibina disebelah surau. Kelihatan ‘engineer’ ukur tanah sedang melakukan ukuran perletakan tiang bolatampar. Kalau senget jugak tak tau la salah siapa.
Gelanggang ini nanti akan menjadi medan pertempuran pasukan-pasukan bolatampar yang akan dibentuk. Yang pasti, Sukarelawan Ronda akan membuat sekurang-kurangnya 3 kali kemunculan untuk menguji struktur tanah gelanggang dan tahap keselamatan. Selepas kami memberikan CF kepada gelanggang tersebut, tak dapat dipastikan bilakah kami akan turun kembali. 
Palang keselamatan di pintu masuk ke-2 ke Fasa 7 juga telah dicat semula bagi membolehkan palang tersebut jelas kelihatan diwaktu malam. Amat dibimbangi, sekiranya ada kenderaan yang dipandu laju merempuh palang besi tersebut. Setakat ini belum ada lagi kejadian malang yang seumpamanya.
Nantikan projek-projek kami dalam 4 bulan dari sekarang.





