Selesailah sudah program gotong-royong Pasukan Sukarelawan Ronda F7B, Bandar Tasik Kesuma pada 16-Mei-2009. Kehadiran amat membanggakan walaupun program ini diadakan pada hari Sabtu. Hari Sabtu dipilih bagi membolehkan peserta program berehat bersama keluarga pada hari minggu. Kawasan yang terlibat hanyalah dilorong belakang jalan 1/14, 1/15, 1/16 dan 1/18. Lorong tersebut perlu dikemaskan bertujuan memudahkan Sukarelawan Ronda melalui lorong tersebut diwaktu rondaan.

Pihak Pasukan Sukarelawan Ronda juga menyeru penduduk agar memelihara kawasan lorong belakang rumah mereka agar sentiasa kemas dan mudah dilalui oleh kenderaan dua roda. Bagi mereka yang meletakkan kenderaan dilorong tersebut, sila pastikan kenderaan mereka diletakkan rapat ke bahu longkang. Sama-samalah kita memelihara persekitaran taman yang kita cintai ini.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Smarking