Selesailah sudah program BBQ bersama penduduk yang tinggal didalam kawasan rondaan Pasukan Sukarelawan Ronda (PSR). Program pertama di tahun 2009 ini telah berlangsung pada 7-Feb-2009. Sambutan yang diterima memang menggalakkan dengan penyertaan seramai 46 keluarga. Walaubagaimanapun terdapat 3 keluarga yang telah mengesahkan penyertaan tetapi tidak dapat hadir.

Wang penyertaan yang dikenakan ialah sebanyak RM20 setiap keluarga, manakala menu asas adalah ayam, ikan cencaru, sosej, minuman sejuk dan buah oren. Makanan yang disediakan memang banyak sehinggakan ada lebihan diakhir program ini. Tidak ada istilah membazir di sini kerana setiap lebihan diberikan kepada mereka yang masih tinggal sehingga jam 11:30pm.

Apakah RM20 itu berbaloi dengan hidangan yang disajikan? Hakikatnya tidak, kerana apa yang penting ialah semangat

BBQ 1-2009

kejiranan dikalangan penduduk. Masih banyak yang perlu dilakukan dalam usaha mengeratkan perpaduan masyarakat di sini. PSR kagum dengan kehadiran penduduk yang pertama kali dikenali, mungkin pernah terserempak dimana-mana tetapi sangka pula mereka tinggal didalam kawasan rondaan PSR. Kaum bapa lebih berkelebihan dalam soal ini kerana mereka mungkin pernah bersua-muka dengan penduduk yang lain tetapi mungkin tidak buat kaum ibu. Inilah antara objektif program BBQ ini yang bertujuan membina satu platform untuk penduduk beramah-mesra.

BBQ 1b-2009

Tidak ketinggalan, saudara Man telah mengadakan sambutan majlis harijadi anaknya yang ke-3 tahun. Kek tersebut adalah hasil masakan isterinya. Jika ada yang berminat, sila hubungi En. Man di forum Bandar Tasik Kesuma.

BBQ 1c-2009

Kelihatan didalam gambar, Sukarelawan Ronda bertungkus lumus bermain api membakar ayam, sosej dan ikan. Macam-macam kerenah dan penuh komited terhadap tugas yang mereka sendiri cari.

Pihak Pasukan Sukarelawan Ronda ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan di atas segala kekurangan yang mungkin berlaku disepanjang majlis BBQ tersebut berlangsung. Di harap penduduk tidak serik untuk menyertai program-program anjuran PSR di masa akan datang. Dan juga, menjadi harapan Pasukan Sukarelawan Ronda untuk melihat penyertaan yang besar dari kaum bukan Melayu. Syabas buat semua penduduk.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Smarking