Kami telah menghantar satu pasukan bolasepak bagi membawa cabaran pihak Sukarelawan Ronda didalam kejohanan bolasepak veteran tertutup Bandar Tasik Kesuma yang telah berlangsung di padang Kampung Baru, Semenyih pada 29-Jul-2007. Pertandingan yang dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan setiap pasukan mewakili setiap fasa. Hanya fasa 7 yang telah menghantar 2 pasukan iaitu Fasa 7A dan 7B. Pasukan fasa 7B adalah terdiri dari Sukarelawan Ronda. Fasa 7B telah bermain sebanyak 3 kali diperingkat kumpulan dengan seri 1 kali (1-1), kalah 2 kali (0-1,0-4). Manakala fasa 7A berjaya ke peringkat separuh akhir tetapi tewas dengan sepakan penentuan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat sehingga masa penuh. Kalau tidak, dah tentu kita akan berkongsi hadiah. :)

Syabas diucapkan kepada pasukan 7A dan 7B kerana sudi membawa cabaran didalam pertandingan ini dengan setiap pemain adalah “Made In Fasa 7, BTK”. Desas-desus mengatakan terdapat pasukan yang mengimport pemain dari luar Bandar Tasik Kesuma walaupun ini adalah kejohanan tertutup. Kepada pasukan yang berkenaan, harap dapat membaiki keadaan pada kejohanan yang sama di tahun hadapan. Sekiranya ada lagi pasukan yang bersikap seperti demikian di tahun hadapan, dapatlah kiranya mereka menarik diri dan bertandinglah di kejohanan yang lebih “elit” bertaraf lima bintang. Janganlah jadikan kami budak belasahan; “Anda adalah BUKU dan carilah RUAS yang sepadan.

— Facts —

Keep in mind the win-win situation is always the best practice.