Salam sejahtera,
Mesyuarat telah diadakan bersama penduduk pada Jumaat 23-Nov-2007 jam 9:30pm. Edaran surat jemputan mesyuarat telah diedarkan kepada semua rumah yang berpenghuni di jalan 1/14, 1/15, 1/16, 1/17 dan 1/18. Majlis yang sepatutnya bermula pada jam 9:30pm telah dimulakan pada jam 10:00pm bagi memberi peluang kepada mereka yang datang lambat untuk turut sama mendengar agenda yang dibincangkan. Kehadiran merosot dengan jumlah kehadiran sebanyak 21 orang termasuk 3 muka baru. Ini bermakna muka-muka lama hanyalah sebanyak 18 orang. Walaubagaimanapun, kami amat berterimakasih kerana terdapat 3 muka baru yang akan menyertai aktiviti Sukarelawan Ronda.
Mesyuarat akan datang adalah 2 bulan dari tarikh mesyuarat ini.