Mesyuarat pertama bagi tahun 2008 telah diadakan di kabin Sukarelawan Ronda (SR). Mereka yang dijemput bagi mesyuarat ini adalah terdiri dari penduduk di jalan 1/14, 1/15, 1/16, 1/17, 1/18 BTK Fasa 7. Mesyuarat bermula agak lewat iaitu pada jam 10:20pm bagi memberi laluan kepada mereka yang menghadiri ceramah di surau untuk sama-sama mengambil tempat didalam mesyuarat SR ini. Pada mesyuarat kali ini terdapat seorang muka baru iaitu En. Bahrin Shabudin yang tinggal di rumah bernombor 36, Jln 1/14.

Seperti biasa mesyuarat pada kali ini antara lainnya membincangkan tentang perkara-perkara berkaitan keselamatan taman perumahan bagi sektor rondaan kami dan juga aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung di sepanjang 2 bulan akan datang. Bukan mudah untuk bertemu sesama SR kerana faktor kerja dan masa, dan inilah medan yang paling sesuai untuk bersua-muka dengan semua SR.

Seramai 22 orang telah menghadiri mesyuarat tersebut dan diharapkan pada mesyuarat yang akan datang, lebih ramai lagi yang akan menghadirkan diri.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Smarking