Kami dimaklumkan bahawa rumah no 44, jln 1/14 telah dipecah-masuk. Suspek remaja berusia lingkungan 12 tahun kerana pada jam 3:30am terdapat seorang remaja berbasikal seorang diri melalui jalan 1/17 dihadapan kabin ronda mengikut catatan yang dibuat dibuku catatan ronda. Mereka hanya menggeledah kawasan tingkat bawah rumah 2 tingkat tersebut dan berjaya menjumpai duit sebanyak RM140 sebagai hasil haram mereka itu. Ini memperkuatkan andaian bahawa rumah tersebut dipecah-masuk oleh kumpulan remaja kerana mereka tidak pergi ke tingkat atas untuk merompak penghuni yang sedang tidur.

Andaian kami juga, remaja berbasikal tersebut bertindak sebagai peninjau mengenai pergerakan Sukarelawan Ronda dan melakukan serangan dalam jurang masa sewaktu kami berhenti rehat. Jumlah peronda amat terhad yang tidak memungkinkan kami melakukan rondaan dalam kekerapan masa yang tinggi. Walaubagaimanapun perkara ini dengan serta-merta telah dimaklumkan kepada semua peronda dan kami akan cuba sedaya-upaya untuk melakukan rondaan dalam kekerapan masa yang tinggi. Di samping itu, kerjasama semua penduduk untuk memasang lampu belakang dan depan rumah bagi memudahkan pemantauan oleh pihak kami. Tidak lupa juga kami menyeru penduduk menyertai kami meronda bagi menjamin keselamatan kawasan perumahan kita dan membolehkan satu jadual ronda yang lebih BERKESAN dapat dilaksanakan.