Berita kami terima mengenai kehilang sebuah motorsikal yang diletakkan didalam rumah di jalan 1/16, Fasa 7B. Tuanpunya motor balik ke rumah menggunakan motor tersebut pada jam 12:30am dan menyedari kehilangannya sekitar jam 8am setelah bangun dari tidur. Pencuri memasuki rumah bersebelahan yang masih kosong dan pagar tidak berkunci dan terus memotong pagar dawai di antara 2 rumah tersebut bagi membuka laluan keluar.
Kebetulan pada hari tersebut tiada Sukarelawan Ronda yang keluar meronda kerana cuaca tidak mengizinkan (hujan).





