Ketika kami sedang meronda dengan sebuah motorsikal, kami memasuki lorong dibelakang jalan 1/16 dari arah rumah no 1, jalan 1/16, kelihatan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan dibelakang rumah bernombor 24, jln 1/17. Suspek terus berjalan kaki secara bersahaja dalam arah yang sama dengan kami dan seterusnya membelok masuk ke lorong kecil di sebelah rumah bernombor 32, jln 1/17. Apabila kami sampai dilorong tersebut, suspek telah tiada dan kami terus bergerak ke hadapan rumah bernombor 32 tersebut. Kelihatan suspek sedang berlari laju ke arah permulaan jalan 1/17 dan seterusnya membelok ke arah jalan 1/18. Kami cuba memintas dengan melalui jalan 1/18 dalam arah yang bertentangan. Suspek berjaya melarikan diri dipercayai memasuki kawasan belukar yang terdapat di kawasan berhampiran sekolah PASTI yang beralamat di no 2, jln 1/18.

Salah-satu sebab mengapa kami mudah terperasan sesuatu yang mencurigakan di belakang jalan 1/16 adalah kerana terdapat limpahan cahaya yang mencukupi untuk pihak kami mengesan mereka yang mencurigakan.

TERUSKAN DENGAN MENYALAKAN LAMPU BELAKANG RUMAH ANDA! IANYA JUGA SEBAGAI LANGKAH KESELAMATAN BUAT KAMI. AMAT DIBIMBANGI SEKIRANYA KAMI JUGA DISERANG HENDAP DI KAWASAN GELAP!

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Smarking