Semalam 19-Ogos-2007 bersamaan 6 Syaaban 1428H, telah berlangsung majlis tahlil dan doa selamat di rumah Izad beralamat di 33, Jln 1/16. Jemputan merangkumi pihak surau dan pihak sukarelawan ronda. Izad telah menampal notis jemputan di kabin ronda semenjak satu minggu yang lalu. Pada majlis tersebut sekali lagi khemah disewa dari pihak sukarelawan ronda (dah balik modal la si Izad tu, untung RM70 lagi pulak tu!). Ramai yang hadir dan Imam Sunardi selakuĀ  imam surau di Fasa 7B, Bandar Tasik Kesuma, telah mengambil kesempatan mengajak hadirin untuk sama-sama berjemaah di surau, “kalau tak selalu pun, sekurang-kurangnya seminggu sekali”. Semoga sukarelawan ronda dapat menghayati pesanan tersebut dan dapat merealisasikannya. Mudah-mudahan.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Smarking