Pada 17-Feb-2008 yang lalu telah berlangsung majlis perkahwinan gilang-gemilang buat pasangan Mohd Zamri Hamdan dan Noraniza Hamriz di alamat Lot 367, Jalan Mawar Bt. 13.5, Kampung Pasir Baru, 47100 Puchong, Selangor. Siapa mereka tu? Zamri adalah bekas Sukarelawan Ronda (SR). Beliau telah berhijrah keluar dari Bandar Tasik Kesuma (BTK). Mungkin dah penat ronda kot?
Susah nak dapat SR yang macam beliau, bayangkan pada peringkat awal ketika beliau berpindah dari BTK, beliau tetap akan datang ke BTK pada malam beliau sepatutnya bertugas meronda. Diharapkan selepas kahwin ni beliau akan turut melakukan perkara yang sama dengan hadir ke kabin operasi ronda pada setiap hari Selasa. Ronda tetap ronda walaupun dah pindah. Ingat itu janji ko pada kitaorang dan Agenda Istimewa.
Ramai SR yang hadir bagi memberikan sokongan buat beliau. Yelah manalah tau kalau-kalau dia rindu kat kitaorang, dia akan balik ke BTK, rumah pun banyak lagi yang kosong kat sini. Kesian Sahidin, Param dan Fong, dah takde member kamceng.
Kalau ko tak ingat kat kabin lagi, ni dia gambor ko. Sepatutnya tembikai tu dipotong bukannya diracik. Puikkk…Hampehhh betul… Lain kali nak motong buah, pakai lengan panjang, kalau gugur bulu ketiak ko kat buah tu macammana?

Yang ni pulak gambor ko waktu kena soal-siasat dengan Sahidin sebab AWOL dari bertugas meronda. Teruk ko kena belasah, kesian pulak kitaorang menengoknyer, nak menitik airmata lak tu.
Apapun buat Zamri dan Noraniza, semua SR ingin mengucapkan “Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahagia selamanya buat anda berdua”.








