Salam sejahtera,
Pada dinihari 26-Dis-2007 sekitar jam 1:30am, Nasir, Amir dan AzharB sedang berborak dihadapan rumah AzharB. Kelihatan 3 suspek lelaki di jalan 1/14, Fasa 7B, dihadapan taman permainan kanak-kanak. Tanpa berlengah kami terus mencapai motor kami dan Nasir menggunakan laluan 1/18 manakala Amir & AzharB menggunakan laluan 1/17. Kelihatan mereka duduk dibangku di taman permainan. Kami mengambil keputusan untuk memantau pergerakan mereka dari kabin ronda. Kami terus menelefon rakan-rakan ronda untuk memperkuatkan pasukan sekiranya mereka bertindak liar. Kami telefon Hanapi, Azhar, Azwan. Menyedari kami mendapatkan pasukan bantuan, mereka bergerak pergi dimana seorang bergerak ke arah kiri dan seorang lagi bergerak ke arah kanan jalan 1/14 sambil kedua-duanya dilihat sedang menggunakan telefon bimbit. Kelibat suspek ketiga tidak kelihatan. Tidak lama kemudian seorang yang tadinya bergerak ke arah kanan jalan 1/14 berpatah-balik dan mengikuti rakannya yang dari tadi bergerak di arah kiri jalan 1/14. Kelibat suspek ketiga tidak kelihatan. Mereka memasuki lorong kecil di antara rumah bernombor 42 dan 44 di jalan 1/14. Sejurus itu pasukan bantuan tiba disertai dengan pasukan Selasa dan kami pun terus bergerak menjejaki mereka. HILANG! Itulah yang terjadi. Mereka terus menghilangkan diri dan kami terus mencari dengan menyuluh longkang dan belakang rumah-rumah yang tidak memasang lampu belakang. Gerakan menjejaki diteruskan sehingga ke kawasan rumah setingkat, namun gagal menemui petunjuk. Kesimpulannya di sini apabila mereka mula memasuki lorong kecil tersebut, mereka memecut lari dan besar kemungkinan melarikan diri ke arah laluan keluar di belakang jalan 1/15.





