Apa yang dapat disimpulkan pada ketika ini, penduduk kini telah berasa lega dengan tiadanya ancaman jenayah di jalan 1/14, 1/16, 1/17 dan 1/18. Ini dapat disimpulkan setelah sekian lama kami memerhatikan terdapat banyak rumah penduduk yang kini tiada lagi menghidupkan lampu depan dan/atau belakang. Keadaan rumah mereka begitu gelap dan pencuri mungkin dengan mudah bersembunyi sekiranya Sukarelawan Ronda melalui kawasan tersebut. Ini amat berbeza dengan keadaan ketika mereka mula-mula mendiami kawasan ini. Pada waktu awal ketika mereka mendiami kawasan ini, limpahan cahaya amat mencukupi untuk menerangi kawasan depan dan belakang rumah. Kami memahami tentang masalah kenaikan tarif elektrik baru-baru ini. Mungkin langkah ini boleh dipraktikkan :

“Penduduk berbincang dengan jiran sebelah rumah dengan menetapkan jiran sebelah kiri hidupkan lampu depan, anda hidupkan lampu belakang dan jiran sebelah kanan hidupkan lampu depan dan begitulah seterusnya.”