Pada 9-Sep-2008 kira-kira jam 2:39 am, kelihatan kelibat 2 orang suspek yang lari melompat pagar menghala ke arah kebun getah dibelakang blok rumah di jalan 1/15, Fasa 7, Bandar Tasik Kesuma. Suspek dipercayai berbangsa Melayu. Seorang Sukarelawan Ronda yang bertugas meronda pada pagi tersebut melihat kejadian tersebut dan seterusnya membuat laporan di kabin operasi Pasukan Sukarelawan Ronda untuk mendapatkan bantuan.
Kira-kira pada jam 2:20 am pagi yang sama, satu kumpulan Sukarelawan Ronda telahpun melalui lorong tersebut tetapi tiada sebarang keadaan yang mencurigakan. Dalam selang waktu 10 minit sahaja suspek berjaya membuka tingkap kaca dan seterusnya berjaya memotong 3 batang besi tingkap. Mungkin agaknya suspek memerlukan tambahan 3 minit lagi untuk memasuki rumah mangsa.