Permohonan menubuhkan Rukun Tetangga (RT) Fasa 7 telah diluluskan. Ianya dipohon oleh pihak penaja Rukun Tetangga Fasa 7 yang sebahagiannya terdiri dari ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk Fasa 7. Syabas buat mereka yang telah bertungkus-lumus mewujudkan RT demi masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang buat seluruh warga Fasa 7. Dengan adanya peruntukan atas nama RT, akan ada lebih banyak aktiviti kemasyarakatan dapat dilaksanakan didalam peta Fasa 7.

Adalah menjadi harapan semua, aspek keselamatan taman perumahan yang menjadi sebahagian dari objektif RT dapat dilaksanakan secepat mungkin memandangkan banyak kejadian jenayah yang berlaku di Fasa 7.

Sebagai persediaan kita melangkah ke era pengurusan Fasa 7 dibawah payung RT, dapatlah kiranya kita menjengok-jengok apakah yang terkandung didalam peraturan-peraturan perlu Rukun Tetangga (1975). Sila klik sini => PERATURAN_PERLU_RUKUN TETANGGA_1975.pdf