Saudara Md Azinor bin Sulaiman selaku Setiausaha KRT Fasa 7, Bandar Tasik Kesuma telah memaklumkan kepada pihak kami bahawa Majlis Pelancaran KRT Fasa 7 Bandar Tasik Kesuma akan dilangsungkan pada hujung minggu ini. Butir-butir lanjut seperti dibawah :

Tarikh    : 17 Ogos 08 ( Ahad )
Masa      : 8.00 pagi
Tempat  : Jalan Masuk Utama
Aktiviti :
1. Majlis Perasmian
2. Taklimat & Pameran
3. Cabutan Bertuah
4. Pertandingan oleh Jiran Wanita

Kepada seluruh penduduk Fasa 7, bersama-samalah kita memeriahkan majlis pelancaran KRT Fasa 7, Bandar Tasik Kesuma, agar ianya menjadi satu peristiwa indah didalam kalendar Fasa 7, Bandar Tasik Kesuma.