Pihak Blog Admin telah dihubungi oleh Sdr Mohd Anuar Othman berkenaan perancangan Kelab Sukan & Rekreasi Bandar Tasik Kesuma.
Mesej dari Sdr Mohd Anuar Othman :
Kelab Sukan & Rekreasi Bandar Tasik Kesuma dalam proses menubuhkan pasukan bawah 20 tahun bagi menyertai mana-mana kejohanan yang terdapat di sekitar semenyih/kajang/bangi. Beberapa siri perlawanan bolasepak persahabatan telah diadakan pada setiap hari minggu. Keputusan perlawanan persahabatan cukup memberangsangkan. Kelab Kesuma vs KPTM (menang 6 - 3)Kelab Kesuma vs Kolej Lagenda (seri 3 - 3)Kelab Kesuma vs Kolej Professional MARA (menang 7-1)Coming soon…. Kelab Kesuma vs Nottingham Universiti pada 31/1/2010 (Ahad). Pihak Kelab sedang mencari individu atau sykt untuk sponsor untuk kelab ini.
Semoga usaha murni ini dapat meningkatkan lagi nama Bandar Tasik Kesuma dan dapat mencerminkan budaya sosial yang sihat dikalangan belia dan remaja Bandar Tasik Kesuma. Syabas!





