Begitu pantasnya masa berlalu meninggalkan kita dan kini kita telahpun berada di tahun 2011. “Selamat Tahun Baru 2011″ buat semua yang membaca artikel ini. Kanak-kanak sekolah sememangnya tidak menyukai apabila tibanya sesi pembukaan sekolah. Manakan tidaknya selepas hampir satu setengah bulan bercuti, mereka kini terpaksa menggendong beg sekolah pagi dan petang demi memenuhi tuntutan ibubapa.
Rata-ratanya bagi kanak-kanak Muslim kebiasaannya mereka akan bersekolah agama pada separuh hari dan menyambung persekolahan kebangsaan pada separuh hari berikutnya ataupun sebaliknya. Memang memenatkan tetapi itulah hakikatnya yang terpaksa dilalui oleh kebanyakan kanak-kanak yang beragama Islam.

