Post kali ini tiada kaitan dengan Bandar Tasik Kesuma tetapi ianya lebih menjurus kepada semangat Malaysia Boleh yang ditunjukkan oleh pelumba basikal negara Azizulhasni Awang di kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester, United Kingdom baru-baru ini.
Rasa terpancar pula semangat hendak memaparkan berita tersebut di blog ini. Syabas di ucapkan buat insan yang bernama Azizulhasni Awang. Semangat juang yang tinggi tanpa menghiraukan kecederaan, bangkit dari tempat kemalangan lalu terus membuat kayuhan sehingga ke garisan penamat dan berjaya mendapatkan pingat gangsa. Saksikan sedutan kejadian tersebut.
Agak ngeri juga bilamana serpihan kayu sepanjang 20sm menusuk betis Azizulhasni Awang.
Petikan dari Utusan Online
Beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan rasmi ke Australia pada Mac ini dan beliau dijangka sempat menjenguk Azizulhasni di Melbourne, yang kini menjalani proses pemulihan akibat kecederaan itu.
“Saya percaya lawatan Najib akan menambahkan dan memberi suntikan baru, kerana ketika dalam kesakitan dan tidak sedarkan diri pada hari kemalangan, apa yang keluar dari mulutnya ialah beliau hendak jadi juara Sukan Olimpik di London dan beliau bimbang tidak dapat ke Olimpik.
“Beliau (Azizulhasni) tetap hendak jadi No. 1 kerana atas nama ‘saya orang Malaysia’ dan ‘saya mahu menaikkan nama Malaysia’…inilah semangat Azizulhasni Awang,” katanya. – BERNAMA

