www.bandartasikkesuma.com

Tapak Pengumpulan Sampah Haram
Pihak Blog Admin kerap-kali menerima komen-komen dari penduduk Bandar Tasik Kesuma berkenaan perkara ini. Kebiasaannya pihak Blog Admin hanya menjawab melalui email tetapi rasanya kali ini terdetik pula untuk menyiarkannya di sini. Ikuti kisah geram penduduk berkenaan :

“Saya tinggal di Fasa 8E/1. Di hujung simpang Fasa 4 Jln menghala ke Fasa  8/9 keadaan sampah yg dibuang oleh manusia yang tiada kesedaran sivik  dan moral amat menyakitkan mata. Jika sesiapa yg terlihat org yg sedang  membuang sampah di situ, tolong ambil gambar dan no plat kenderaan dan  repot kepada majlis dan jab alam sekitar etc. Kepada pihak yg berwajib,  tolong ambil tindakan segera. Perkara ini amat memalukan dan mencemarkan  pemandangan.”

APA PULA KATA ANDA?

Kelab Sukan & Rekreasi Bandar Tasik Kesuma
Pihak Blog Admin telah dihubungi oleh Sdr Mohd Anuar Othman berkenaan perancangan Kelab Sukan & Rekreasi Bandar Tasik Kesuma.

Mesej dari Sdr Mohd Anuar Othman :

Kelab Sukan & Rekreasi Bandar Tasik Kesuma dalam proses menubuhkan pasukan bawah 20 tahun bagi menyertai mana-mana kejohanan yang terdapat di sekitar semenyih/kajang/bangi. Beberapa siri perlawanan bolasepak persahabatan telah diadakan pada setiap hari minggu. Keputusan perlawanan persahabatan cukup memberangsangkan. Kelab Kesuma vs KPTM (menang 6 - 3)Kelab Kesuma vs Kolej Lagenda (seri 3 - 3)Kelab Kesuma vs Kolej Professional MARA (menang 7-1)Coming soon…. Kelab Kesuma vs Nottingham Universiti pada 31/1/2010 (Ahad). Pihak Kelab sedang mencari individu atau sykt untuk sponsor untuk kelab ini.

Semoga usaha murni ini dapat meningkatkan lagi nama Bandar Tasik Kesuma dan dapat mencerminkan budaya sosial yang sihat dikalangan belia dan remaja Bandar Tasik Kesuma. Syabas!

Kejadian Kecurian
Pihak Blog Admin telah dihubungi oleh jiran dari Fasa 4C Bandar Tasik Kesuma berkenaan kejadian pecah rumah yang telah berlaku dan baru-baru ini kes cubaan mencuri tayar kereta.

Mesej dari Pn Faridah :

“salam.pagi tadi ada kejadian percubaan mencuri tayar kereta dijalan kesuma 4c pada pukul 6.50pg.setelah jiran sy berteriak “tolong pencuri2″..dgn keadaan selamba org tu kata sori lalu beredar dgn kereta buruk biru gelap.di maklumkan telah berlaku 3 kejadian pecah rumah dikawasan ini.di harap pihak polis atau rukun tetangga dapat meningkatkan rondaan terutama pada musim perayaan di mana ramai penghuni taman balik kampung.sekian terima kasih.”

Memang memeranjatkan apabila pencuri sendiri tidak menyedari bahawa tindakan mencuri itu salah hinggakan boleh berkata “sori” (maaf). Macam-macam perangai manusia ye. Patutnya bila kita dapat tangkap dan beduk pencuri tu apa pula perasaan mereka jika kita pula kata “sori ye… kami terpukul tuan”.

Sesi Persekolahan 2010 Di Bandar Tasik Kesuma
Tarikh 4-Jan-2010 mungkin menjadi sejarah buat pelajar Tahun 1 di seluruh Malaysia dan tidak terkecuali kepada mereka yang bergelar murid Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma. Suasana hiruk-pikuk kegirangan jelas terpancar di wajah mereka dan ada pula yang berwajah muram.

Permulaan melangkah ke sekolah telah dimulai dengan sesi taklimat khusus buat ibubapa agar perjalanan pendaftaran berjalan lancar dan ibubapa mendapat maklumat-maklumat penting berkaitan sekolah.

Sesi persekolahan 2010 di sekolah KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain) juga tidak kurang meriahnya. Dengan langkah bergaya mereka berpakaian baju kurung manakala murid lelaki berpakaian baju Melayu lengkap bersampin hijau. Sungguh mengujakan jika dibandingkan dengan persekolahan murid-murid era sebelum 80-an sungguh jauh berbeza. Mungkin kebanyakan mereka tidak merasa kekok kerana telah mendapat pengalaman asas di peringkat tadika.

Majlis Jamuan Hari Raya & Deepavali 2009
Pada 18-Okt-2009 yang lalu telah berlangsung majlis jamuan Hari Raya dan Deepavali yang dianjurkan oleh KRT Fasa 7 bertempat di laluan masuk pintu utama Fasa 7. Majlis yang bermula pada jam 11 pagi dan berakhir 3 jam kemudian telah dihadiri oleh penduduk berbilang kaum yang rata-ratanya berbangsa Melayu, Cina dan India.

Berbagai juadah disediakan seperti lontong, lemang, mi sup, rendang ayam, rendang daging, ditambah pula dengan kuih-muih dan minuman cendol.

Bukan mudah untuk menjayakan program seperti ini yang memerlukan komitmen semua jawatankuasa yang berada dalam organisasi KRT Fasa 7. Persiapan rapi yang bermula beberapa minggu sebelum itu melibatkan kerjasama berpasukan dalam memastikan program berjalan lancar. Sehari sebelum majlis berlangsung deretan lemang perlu dimasak bemula dari sebelah petang Sabtu membawa ke malam.

Mungkin penat lelah KRT Fasa 7 berbaloi apabila melihat penduduk keluar berama-ramai menyerikan majlis pada pagi Ahad tersebut sambil beramah mesra antara satu sama lain.

Syabas buat seluruh Jawatankuasa KRT Fasa 7 yang telah bertungkus-lumus memastikan program ini berjalan dengan lancar dan diharapkan usaha sebegini dapat diteruskan di masa akan datang.

Bandar Tasik Kesuma Akhirnya Dapat Tapak Kubur
BERANANG 15 Mei - Permintaan terhadap tanah perkuburan di Lembah Klang semakin bertambah setiap tahun, malah di sesetengah kawasan, kesukaran ‘menempah’ tapak kubur sudah sampai ke tahap kronik.

Ini kerana ada kawasan perkuburan yang semakin terhad tanahnya bagi menerima lebih banyak jenazah baru sehingga ia dihadkan hanya kepada jenazah daripada kalangan ahli kariah kawasan itu saja.

Bagi mengelakkan masalah seumpama itu timbul, Badan Kebajikan dan Khairat Kematian Bandar Tasik Kesuma di sini, berusaha mendapatkan tanah perkuburan sendiri bagi ahli kariahnya dan penantian selama lapan tahun itu akhirnya tercapai.

Ini kerana syarikat pemaju Namfatt menyerahkan tanah seluas kira-kira 4.05 hektar (10 ekar) kepada badan kebajikan itu, manakala, Kor 91 Rejimen Jurutera pula menyediakan khidmat anggota dan peralatan bagi membersih dan meratakan tanah itu untuk dijadikan kubur.

Setelah beberapa minggu bertungkus lumus, anggota-anggota tentera diketuai Leftenan Kolonel Ho Hin Chai dapat menyiapkan tugas tersebut dan semalam, tanah kubur itu secara simbolik diserahkan secara rasmi oleh Ketua Kor Jurutera, Brig. Jen. Datuk Pahlawan Ir. Abdul Nasir Ahmad kepada pengerusi badan kebajikan taman perumahan itu, Mohd. Najib Abdul Kadir.

Abdul Nasir dalam ucapannya pada majlis itu berkata, sumbangan pihaknya kepada projek meratakan tanah perkuburan itu adalah salah satu projek tentera membantu rakyat di bawah program Jiwa Murni dan sempena sambutan ulang tahun Tentera Darat Ke-75.

Sementara itu, Mohd. Najib ketika ditemui memberitahu, sebelum ini penduduk Bandar Tasik Kesuma menumpang tanah perkuburan di Kampung Rinching atau mengkebumikan di kampung asal mereka.

”Dengan keluasan 10 ekar itu, tanah kubur tersebut cukup untuk menampung keperluan penduduk. Sekarang ini terdapat 20,000 unit rumah di Bandar Tasik Kesuma,” katanya.

Bandar Tasik Kesuma yang dibangunkan pada tahun 1998 adalah kawasan bertaraf bandar perumahan terbesar di Beranang dan apabila semua fasanya siap kelak, penghuninya dijangka meningkat hampir 100,000 orang. Ia terletak kira-kira lima kilometer dari pekan Semenyih.

Mohd. Najib menambah, tanah kubur itu masih belum dapat digunakan lagi kerana menunggu bantuan dana bagi melaksanakan kerja-kerja menyiapkan jalan dan longkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Johan Abdul Aziz pula berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan bantuan dana bagi kerja-kerja membina jalan dan longkang di tanah perkuburan baru itu.

“Kita akui mengenai permintaan besar terhadap tanah kubur dan sebab itu jugalah sebuah tapak perkuburan bersepadu umat Islam seluas 200 ekar dirancang dibina di Semenyih,” katanya yang turut hadir pada upacara penyerahan tanah perkuburan itu.

Pada perkembangan lain, Mohd. Najib berkata, pihaknya akan berusaha merealisasikan pembinaan sebuah masjid dan sekolah agama di Bandar Tasik Kesuma kerana surau sedia ada di Fasa 3C sukar menampung jumlah jemaah setiap kali solat Jumaat.

Menurut Mejar (B) Baharom Mohamad, selain menampung jemaah dari kawasan sekitarnya, surau yang hanya mampu menampung 500 jemaah itu juga digunakan oleh para pelajar dari Kolej Kemahiran Mara dan pekerja asing dari kilang-kilang berhampiran.

”Apabila sebuah kompleks baru Kolej Kemahiran Tinggi Mara menerima kemasukan ribuan pelajar, surau sedia ada bakal menghadapi masalah besar menampung jemaah,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Surau al-Kauthar.

Masjid yang dicadangkan di tapak seluas lebih tiga hektar itu dijangka menelan kos RM10 juta dan mampu menampung kira-kira 5,000 jemaah.

Beliau juga berharap kerajaan dapat menyediakan peruntukan segera bagi membolehkan sekolah agama dapat dibina.

”Selama ini, murid-murid Tahun 1 dan 6 menumpang belajar agama di sebuah rumah kecil di sebelah surau al-Kauthar,” ujarnya.

Sumber : Utusan Online 16/5/08

Pemaju punca Bandar Tasik Kesuma terpinggir
SEMENYIH 27 Mei - Keadaan di pusat perniagaan Bandar Tasik Kesuma di sini yang terbiar berpunca daripada pemajunya yang gagal membangunkan kawasan itu mengikut perancangan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Johan Abdul Aziz.Beliau berkata, projek pembangunan di kawasan itu yang belum siap sepenuhnya telah menyebabkan kawasan komersial itu kurang menjadi tumpuan penduduk dan peniaga kerana keadaannya yang sunyi dan terdedah kepada risiko jenayah.

Tambahan pula, katanya, kemudahan asas di kawasan itu seperti lampu jalan masih tidak dipasang serta ketiadaan pondok polis menambahkan lagi faktor peniaga tidak berminat untuk menjalankan aktiviti di kawasan tersebut.

“Permohonan telah dibuat bagi membina sebuah pondok polis di kawasan itu baru-baru ini tetapi saya tidak pasti sama ada ia akan diluluskan atau tidak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau tidak menafikan kejadian jenayah seperti pecah kedai sering berlaku di kawasan itu akibat daripada keadaan tempat tersebut yang sunyi terutama pada waktu malam.

“Perkara ini telah diajukan beberapa kali kepada pihak pemaju tetapi sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil oleh mereka untuk menyelesaikan masalah ini.

“Jika pembangunan Bandar Tasik Kesuma ini dilaksanakan dengan tersusun dan semua kemudahan asas disediakan, saya pasti masalah ini tidak timbul dan pastinya bandar ini tidak akan terpinggir,” ujarnya.

Katanya, pembangunan yang masih belum mencapai seratus peratus tidak menjadi masalah jika pemaju membangunkan kawasan secara berpusat dan bukannya dipecahkan kepada fasa yang jauh antara satu sama lain.

Bagaimanapun, menurut beliau, tindakan untuk memastikan Bandar Tasik Kesuma tidak terus terpinggir akan dilakukan menerusi perbincangan dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Sumber : Utusan Malaysia Online 28/5/08

Kerja-kerja Pembaikan Palang Keselamatan Gate 2
Memandangkan palang keselamatan di pintu masuk ke-2 Fasa 7 telah agak uzur, pihak Pasukan Sukarelawan Ronda dan Rukun Tetangga telah melakukan kerja-kerja baik-pulih pada 17-Mei-2009.  Kos pembelian palang besi ditanggung oleh pihak Rukun Tetangga.

Cuaca pada ketika itu agak baik dengan langit cerah dan agak panas. Kebetulan salah seorang dari yang hadir telah menghampiri kawasan semak berhampiran palang dan telah menjumpai sesuatu yang memeranjatkan. Adakah anda dapat mencari benda tersembunyi tersebut didalam gambar dibawah?

Fokuskan pandangan anda pada longkang kecil didalam gambar di atas, sudah pasti anda akan perasan benda ini.

Jawapan telah diberi dengan melihat gambar di atas, satu pemotong besi bersaiz hampir 1 meter panjang kebiasaannya digunakan untuk memotong pintu besi. Persoalannya mengapa ia berada di situ? Mungkinkah secara kebetulan ia tercampak dari lori sampah? Atau adakah itu strategi si pemecah rumah? Rata-rata mereka yang terlibat dengan kerja-kerja pembaikan pada tengahari tersebut mengatakan mungkin ianya disembunyikan di situ dan hanya akan dikeluarkan dari situ setelah mengenalpasti rumah sasaran mereka.

Program Gotong-royong Pasukan Sukarelawan Ronda
Selesailah sudah program gotong-royong Pasukan Sukarelawan Ronda F7B, Bandar Tasik Kesuma pada 16-Mei-2009. Kehadiran amat membanggakan walaupun program ini diadakan pada hari Sabtu. Hari Sabtu dipilih bagi membolehkan peserta program berehat bersama keluarga pada hari minggu. Kawasan yang terlibat hanyalah dilorong belakang jalan 1/14, 1/15, 1/16 dan 1/18. Lorong tersebut perlu dikemaskan bertujuan memudahkan Sukarelawan Ronda melalui lorong tersebut diwaktu rondaan.

Pihak Pasukan Sukarelawan Ronda juga menyeru penduduk agar memelihara kawasan lorong belakang rumah mereka agar sentiasa kemas dan mudah dilalui oleh kenderaan dua roda. Bagi mereka yang meletakkan kenderaan dilorong tersebut, sila pastikan kenderaan mereka diletakkan rapat ke bahu longkang. Sama-samalah kita memelihara persekitaran taman yang kita cintai ini.

Lubang Bahaya Di Fasa 7
Lanjutan dari program gotong-royong pada 29-Mac-2009 yang lalu pihak Rukun Tetangga Fasa 7 telahpun menutup lubang bahaya diselekoh memasuki Fasa 7. Lubang ini telahpun dirujuk kepada pihak Majlis Perbandaran Kajang tetapi malangnya tiada tindakan susulun oleh pihak Majlis. Agak mengecewakan, tidak dapat dipastikan di mana silapnya. Aduan yang dibuat melalui sistem dalam talian tidak mencapai tahap yang boleh dibanggakan.

Syabas kepada pihak RT yang perihatin tentang isu keselamatan jalanraya di Fasa 7 ini. Lubang tersebut memang membahayakan kepada penunggang motorsikal terutamanya ketika mengambil selekoh di waktu malam.