Salam sejahtera,
Akhirnya terlaksana jua apa yang telah dirancangkan didalam pelan tindakan 2 bulan bagi bulan Mac2008-Mei2008 didalam kalendar aktiviti Pasukan Sukarelawan Ronda. Aktiviti yang dimaksudkan ialah projek pembinaan gelanggang bolatampar bagi kemudahan penduduk melakukan aktiviti bersukan. Gelanggang tersebut terletak bersebelahan surau Al-Fateh, Fasa 7, Bandar Tasik Kesuma. Jika ingin mengetahui lokasinya dengan lebih tepat, ini adalah koordinitnya yang direkodkan oleh satelit => 2°54’45″N 101°51’14″E Kenapa? Tak percaya? Cubalah klik pada koodinit tersebut. Dengan terbinanya gelanggang ini, diharapkan golongan remaja dan dewasa dapat mengisi masa terluang dengan pilihan sukan yang mereka gemari. Di Fasa 7 ini, telah tersedia gelanggang badminton/sepaktakraw, padang bolasepak bersaiz sederhana dan kini gelanggang bolatampar. Pihak pemaju hanya menyediakan gelanggang badminton/sepaktakraw manakala padang bolasepak dan gelanggang bolatampar, 100% dibina oleh penduduk.
Saksikanlah sedutan video ini yang telah dirakam pada 12-Apr-2008 antara jam 8:30am hingga 3:00pm.
Juga beberapa bahan bukti buat isteri Sukarelawan Ronda (SR) yang boleh didapati didalam album SR. Terdapat juga beberapa SR yang merungut “…kalau tau duduk Fasa 4 lagi baik, tak tau pulak kat Fasa 7 ni banyak kena buat kerja-kerja macam gini”. Buat semua SR, “biar tak setuju, tapi tetap bersatu”