Sebagai langkah melahirkan persekitaran yang bersih, pihak Rukun Tetangga Fasa 7 Bandar Tasik Kesuma telah mengadakan majlis gotong-royong membersihkan kawasan jalan utama memasuki Fasa 7. Majlis telah dimulakan dengan Tuan Pengerusi memperkenalkan diri dan memberikan sedikit penerangan mengenai Rukun Tetangga. Selepas itu berdasarkan kepada senarai mereka yang hadir pada pagi itu, penduduk telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ditugaskan membersihkan kawasan mengikut sektor yang tertentu. Terdapat juga penduduk yang telah bermurah-hati menyumbang juadah untuk mengalas perut. Terima kasih kepada penduduk yang telah sudi meluangkan masa untuk turut serta dan menyumbang kuih-muih didalam program gotong-royong ini.
Masalah yang sering berlaku di Fasa 7 ini ialah terdapatnya insan yang mengambil jalan mudah melonggokkan sampah di selekoh memasuki Fasa 7 ini. Keadaan yang demikian telah membawa kepada pencemaran pemandangan dan menimbulkan suasana yang tidak baik kepada warga Fasa 7. Sampah-sampah yang dilonggokkan di situ didatangi oleh anjing liar dan seterusnya anjing-anjing liar akan memasuki taman perumahan di Fasa 7 ini. Anjing liar ini boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.
Bagaimana jika mereka tertangkap dan kita semua longgokkan sampah di hadapan rumah mereka? Setuju?