Pada hari Ahad 20-Jul-2008, Pasukan Sukarelawan Ronda telah berjaya membaiki palang keselamatan di pintu masuk ke-2 Fasa 7. Palang keselamatan yang telah agak berusia telah patah dilanggar lari oleh objek yang tak dapat dipastikan sehingga kini. Palang tersebut sememangnya telah lama berjasa kepada penduduk dalam usaha menangani kes-kes pecah rumah di Fasa 7, Bandar Tasik Kesuma. Diharap semua penduduk dapat bersama-sama memantau palang tersebut kerana bimbang pula sekiranya ada pihak yang cuba mencuri palang tersebut.






