Sebuah motorsikal berkuasa bawah 150cc dilaporkan hilang pada 2 minggu yang lalu. Motorsikal tersebut yang diletakkan didalam kawasan rumah dan dikunci dengan baik dilaporkan hilang oleh pemiliknya yang tinggal di jalan 1/18, Fasa 7, Bandar Tasik Kesuma. Dipercayai pencuri mengangkat pagar besi kerana pagar didapati dalam keadaan baik. Kebiasaannya bagi kes-kes kecurian motorsikal, pencuri akan memotong pagar besi bagi membolehkan mereka membawa keluar motorsikal yang dicuri. Mengikut laporan dari Pasukan Sukarelawan Ronda, rondaan sepertimana biasa dijalankan dan tidak terdapat sebarang keadaan yang mencurigakan. Pasukan yang meronda pada pagi tersebut pulang ke rumah sekitar jam 4:15am kerana hujan mula turun.
Selang beberapa hari selepas itu, satu lagi kes memotong pagar rumah dilaporkan dijalan 1/17. Walaubagaimanapun tiada harta-benda yang dilaporkan hilang.
Nampaknya semakin menjadi-jadi kegiatan mencuri ini. Oleh yang demikian, kepada penduduk Fasa 7, sama-samalah kita memastikan motorsikal, kereta dan rumah dikunci dengan sempurna bagi mencegah kejadian yang seumpamanya berlaku ke atas kita. Sekiranya meninggalkan rumah untuk tempoh yang lama, letakkan motorsikal didalam rumah dan khabarkan kepada jiran terdekat. Tidak lupa juga apabila berada di rumah, hidupkan suis lampu depan dan belakang di waktu malam. Wujudkanlah satu suasana yang tidak selesa kepada mereka yang berniat jahat untuk menghampiri rumah kita.





