Salam sejahtera,

Berita yang diterima oleh Webmaster Bandar Tasik Kesuma pada hari Ahad yang lalu 4-Mei-2008, seorang lagi disyakki diserang demam denggi. Isteri kepada Sukarelawan Ronda (SR) Aznan dimasukkan ke Kajang Plaza Medical Centre kerana disyakki dijangkiti oleh virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Sehari selepas itu, SR Aznan memberitahu bahawa doktor telah mengesahkan isteri beliau dijangkiti virus denggi.

Sampai bilakah ianya akan berakhir?

Sama-samalah kita mendoakan semoga isteri kepada saudara SR Aznan cepat sembuh.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Smarking