Salam sejahtera,

Maklumat diterima dari setiausaha KRT Fasa 4 iaitu Saudara Abd. Razak Abu Hassan bahawa program perasmian KRT Fasa 4 dan Mini-Marathon Bandar Tasik Kesuma akan diadakan pada 6/7/2008. Warga Bandar Tasik Kesuma dijemput serta. Borang akan diedarkan kemudian.

Semoga program perasmian tersebut dapat berjalan dengan baik dan usaha murni merapatkan warga Bandar Tasik Kesuma melalui sukan mini-marathon amatlah bersesuaian kerana kurang kos tapi jumlah penyertaan boleh dilipat-gandakan. Rasanya sudah tentu ada berbagai kategori seperti bawah 12 tahun, 18 tahun, 30 tahun, 40 tahun dan warga emas. Jom sukan bersama KRT Fasa 4.