Pihak Blog Admin telah dihubungi oleh jiran dari Fasa 4C Bandar Tasik Kesuma berkenaan kejadian pecah rumah yang telah berlaku dan baru-baru ini kes cubaan mencuri tayar kereta.
Mesej dari Pn Faridah :
“salam.pagi tadi ada kejadian percubaan mencuri tayar kereta dijalan kesuma 4c pada pukul 6.50pg.setelah jiran sy berteriak “tolong pencuri2″..dgn keadaan selamba org tu kata sori lalu beredar dgn kereta buruk biru gelap.di maklumkan telah berlaku 3 kejadian pecah rumah dikawasan ini.di harap pihak polis atau rukun tetangga dapat meningkatkan rondaan terutama pada musim perayaan di mana ramai penghuni taman balik kampung.sekian terima kasih.”
Memang memeranjatkan apabila pencuri sendiri tidak menyedari bahawa tindakan mencuri itu salah hinggakan boleh berkata “sori” (maaf). Macam-macam perangai manusia ye. Patutnya bila kita dapat tangkap dan beduk pencuri tu apa pula perasaan mereka jika kita pula kata “sori ye… kami terpukul tuan”.





