Sekali lagi Fasa 3B akan menganjurkan Kejohanan Pesta Bola Merdeka 2008, bersempena dengan Bulan Kemerdekaan Negara, pada hari Sabtu 16 Ogos 2008 bertempat di Padang Permainan Fasa 3B.

Sebanyak 8 pasukan akan bertanding dengan format Pusingan-1 : Liga satu pusingan dan Pusingan ke-2 : Kalah Mati. Kejohanan ini adalah untuk pemain di bawah umur 16-Tahun dan 5 pemain (+ 3 simpanan) bagi satu pasukan. Masa permainan adalah 15-minit satu perlawanan.

Berkesempatan dengan kejohanan yang kali ke-3 dianjurkan ini, Fasa 3B dengan ini ingin menjemput anda semua beramai-ramai turun ke padang permainan Fasa 3B pada hari tersebut.

Semoga dengan kehadiran anda semua akan menambahkan lagi keceriaan serta kegemilangan kejohanan ini. Terima kasih dan bertemu kita di hari kejohanan nanti.

Oleh :

Sufian Sulaiman
Setiausaha Biro Sukan
Rukun Tetangga Fasa 3B, Bandar Tasik Kesuma