Selesailah sudah program gotong-royong Pasukan Sukarelawan Ronda F7B, Bandar Tasik Kesuma pada 16-Mei-2009. Kehadiran amat membanggakan walaupun program ini diadakan pada hari Sabtu. Hari Sabtu dipilih bagi membolehkan peserta program berehat bersama keluarga pada hari minggu. Kawasan yang terlibat hanyalah dilorong belakang jalan 1/14, 1/15, 1/16 dan 1/18. Lorong tersebut perlu dikemaskan bertujuan memudahkan Sukarelawan […]
Program Gotong-royong Pasukan Sukarelawan Ronda
Program BBQ Bersama Penduduk Anjuran Pasukan Sukarelawan Ronda
Selesailah sudah program BBQ bersama penduduk yang tinggal didalam kawasan rondaan Pasukan Sukarelawan Ronda (PSR). Program pertama di tahun 2009 ini telah berlangsung pada 7-Feb-2009. Sambutan yang diterima memang menggalakkan dengan penyertaan seramai 46 keluarga. Walaubagaimanapun terdapat 3 keluarga yang telah mengesahkan penyertaan tetapi tidak dapat hadir.
Wang penyertaan yang dikenakan ialah sebanyak RM20 setiap keluarga, […]
Cubaan Pecah Rumah - Jln 1/15 Fasa 7, Bandar Tasik Kesuma
Pada 9-Sep-2008 kira-kira jam 2:39 am, kelihatan kelibat 2 orang suspek yang lari melompat pagar menghala ke arah kebun getah dibelakang blok rumah di jalan 1/15, Fasa 7, Bandar Tasik Kesuma. Suspek dipercayai berbangsa Melayu. Seorang Sukarelawan Ronda yang bertugas meronda pada pagi tersebut melihat kejadian tersebut dan seterusnya membuat laporan di kabin operasi Pasukan […]
Pertandingan Bolatampar Tertutup Pasukan Sukarelawan Ronda, Fasa 7, Bandar Tasik Kesuma
Salam sejahtera,
Pada 15-Jun-2008 yang lalu telah diadakan pertandingan bolatampar di antara Sukarelawan Ronda. Pasukan-pasukan yang bertanding adalah terdiri dari nama-nama SR yang diundi untuk membentuk pasukan masing-masing. Hasilnya terdapat 5 pasukan iaitu pasukan Otai Maju, Blues Gang, SHAAIKH, Huru-hara, Cool. Perlawanan di pusingan awal adalah secara liga dan empat pasukan teratas liga bertanding di peringkat […]
Pertandingan Bolatampar Tertutup Anjuran Pasukan Sukarelawan Ronda
Penat lelah pihak penganjur sejak 4 minggu yang lalu akhirnya terungkai dengan kejayaan menganjurkan pertandingan bolatampar tertutup Pasukan Sukarelawan Ronda, Fasa 7B Bandar Tasik Kesuma. Ini adalah medan percubaan mempelajari selok-belok penganjuran sukan untuk temasya sukan yang lebih besar di masa hadapan. Mungkinkah?
Disamping itu objektif utama penganjuran pertandingan ini ialah untuk meningkatkan lagi semangat bekerjasama […]
Program Penyelenggaraan Kabin Ronda, Membina Gelanggang Bolatampar, Mengecat Palang Keselamatan
Syabas! yang pasti bukan SYABAS.
Terimakasih kepada semua Sukarelawan Ronda (SR), Bandar Tasik Kesuma (BTK), Fasa 7B yang telah sudi meluangkan masa dan bergotong-royong menyelenggara kabin ronda, membina gelanggang bolatampar dan mengecat palang keselamatan pada hari Ahad 24-Feb-2008 yang lalu. Ramai yang hadir menjadikan kerja lebih mudah dan cepat. Tak ketinggalan juga ramai yang telah menyumbangkan […]
Majlis Perkahwinan - Zamri & Noraniza 17-Feb-2008
Pada 17-Feb-2008 yang lalu telah berlangsung majlis perkahwinan gilang-gemilang buat pasangan Mohd Zamri Hamdan dan Noraniza Hamriz di alamat Lot 367, Jalan Mawar Bt. 13.5, Kampung Pasir Baru, 47100 Puchong, Selangor. Siapa mereka tu? Zamri adalah bekas Sukarelawan Ronda (SR). Beliau telah berhijrah keluar dari Bandar Tasik Kesuma (BTK). Mungkin dah penat ronda kot?
Susah nak […]
Mesyuarat Sukarelawan Ronda - 19-Jan-2008 9:30pm
Mesyuarat pertama bagi tahun 2008 telah diadakan di kabin Sukarelawan Ronda (SR). Mereka yang dijemput bagi mesyuarat ini adalah terdiri dari penduduk di jalan 1/14, 1/15, 1/16, 1/17, 1/18 BTK Fasa 7. Mesyuarat bermula agak lewat iaitu pada jam 10:20pm bagi memberi laluan kepada mereka yang menghadiri ceramah di surau untuk sama-sama mengambil tempat didalam […]
Mereka Mencurigakan : 1 Lelaki 8-Jan-2008 3:20am Di Fasa 7B
Ketika kami sedang meronda dengan sebuah motorsikal, kami memasuki lorong dibelakang jalan 1/16 dari arah rumah no 1, jalan 1/16, kelihatan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan dibelakang rumah bernombor 24, jln 1/17. Suspek terus berjalan kaki secara bersahaja dalam arah yang sama dengan kami dan seterusnya membelok masuk ke lorong kecil di sebelah rumah bernombor […]
Kecurian : Motor Hilang 5-Jan-2008
Berita kami terima mengenai kehilang sebuah motorsikal yang diletakkan didalam rumah di jalan 1/16, Fasa 7B. Tuanpunya motor balik ke rumah menggunakan motor tersebut pada jam 12:30am dan menyedari kehilangannya sekitar jam 8am setelah bangun dari tidur. Pencuri memasuki rumah bersebelahan yang masih kosong dan pagar tidak berkunci dan terus memotong pagar dawai di antara […]
Polls
Loading ...
Categories
Archives
-
- March 2010
- February 2010
- January 2010
- October 2009
- August 2009
- May 2009
- April 2009
- March 2009
- February 2009
- January 2009
- December 2008
- November 2008
- October 2008
- September 2008
- August 2008
- July 2008
- June 2008
- May 2008
- April 2008
- March 2008
- February 2008
- January 2008
- December 2007
- November 2007
- October 2007
- September 2007
- August 2007
- July 2007
