Published in October 25th, 2009
Pada 18-Okt-2009 yang lalu telah berlangsung majlis jamuan Hari Raya dan Deepavali yang dianjurkan oleh KRT Fasa 7 bertempat di laluan masuk pintu utama Fasa 7. Majlis yang bermula pada jam 11 pagi dan berakhir 3 jam kemudian telah dihadiri oleh penduduk berbilang kaum yang rata-ratanya berbangsa Melayu, Cina dan India.
Berbagai juadah disediakan seperti lontong, […]
continue reading.....
Published in May 19th, 2009
Memandangkan palang keselamatan di pintu masuk ke-2 Fasa 7 telah agak uzur, pihak Pasukan Sukarelawan Ronda dan Rukun Tetangga telah melakukan kerja-kerja baik-pulih pada 17-Mei-2009. Kos pembelian palang besi ditanggung oleh pihak Rukun Tetangga.
Cuaca pada ketika itu agak baik dengan langit cerah dan agak panas. Kebetulan salah seorang dari yang hadir telah menghampiri kawasan semak […]
continue reading.....
Published in April 10th, 2009
Lanjutan dari program gotong-royong pada 29-Mac-2009 yang lalu pihak Rukun Tetangga Fasa 7 telahpun menutup lubang bahaya diselekoh memasuki Fasa 7. Lubang ini telahpun dirujuk kepada pihak Majlis Perbandaran Kajang tetapi malangnya tiada tindakan susulun oleh pihak Majlis. Agak mengecewakan, tidak dapat dipastikan di mana silapnya. Aduan yang dibuat melalui sistem dalam talian tidak mencapai […]
continue reading.....
Published in March 12th, 2009
Pihak Blog Admin menerima berita dari Setiausaha KRT Fasa 7, Bandar Tasik Kesuma berkaitan program Gotong-royong yang akan dijalankan pada tarikh dan masa seperti dibawah.
Tarikh : 29 Mac 09 ( Ahad )
Tempat : Berkumpul di Pondok Pengawal
Jalan Masuk Utama
Masa : 7.45 pagi
Semua penduduk di wajibkan hadir dan membawa peralatan gotong royong.
continue reading.....
Published in February 10th, 2009
Selesailah sudah program BBQ bersama penduduk yang tinggal didalam kawasan rondaan Pasukan Sukarelawan Ronda (PSR). Program pertama di tahun 2009 ini telah berlangsung pada 7-Feb-2009. Sambutan yang diterima memang menggalakkan dengan penyertaan seramai 46 keluarga. Walaubagaimanapun terdapat 3 keluarga yang telah mengesahkan penyertaan tetapi tidak dapat hadir.
Wang penyertaan yang dikenakan ialah sebanyak RM20 setiap keluarga, […]
continue reading.....
Published in December 6th, 2008
Rekod apa yang cuba dipecahkan? Jawapannya ialah memasak ketupat terbanyak. Program yang diterajui oleh Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) daerah Hulu Langat telah mensasarkan sebanyak 700,000 biji ketupat dapat dimasak di perkarangan Pejabat Tanah Hulu Langat, Bangi. Serentak dengan itu, JPNIN daerah Hulu Langat telah meminta kerjasama dari seluruh pentadbiran Kawasan Rukun Tetangga […]
continue reading.....
Published in December 4th, 2008
Wow! Banyak memang banyak. Difahamkan anggaran sebanyak 700,000 biji ketupat akan direbus di Pejabat Tanah Hulu Langat di Bangi pada 6-Dis-2008. Pada ketika ini dipercayai mereka yang turut serta dalam program ini sedang sibuk menganyam ketupat. Difahamkan setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Bandar Tasik Kesuma akan cuba menyumbangkan sebanyak 3,000 biji. Di Fasa 7, […]
continue reading.....
Published in September 12th, 2008
Pada 9-Sep-2008 kira-kira jam 2:39 am, kelihatan kelibat 2 orang suspek yang lari melompat pagar menghala ke arah kebun getah dibelakang blok rumah di jalan 1/15, Fasa 7, Bandar Tasik Kesuma. Suspek dipercayai berbangsa Melayu. Seorang Sukarelawan Ronda yang bertugas meronda pada pagi tersebut melihat kejadian tersebut dan seterusnya membuat laporan di kabin operasi Pasukan […]
continue reading.....
Published in August 12th, 2008
Saudara Md Azinor bin Sulaiman selaku Setiausaha KRT Fasa 7, Bandar Tasik Kesuma telah memaklumkan kepada pihak kami bahawa Majlis Pelancaran KRT Fasa 7 Bandar Tasik Kesuma akan dilangsungkan pada hujung minggu ini. Butir-butir lanjut seperti dibawah :
Tarikh : 17 Ogos 08 ( Ahad )
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Jalan Masuk Utama
Aktiviti :
1. Majlis Perasmian
2. […]
continue reading.....
Published in August 2nd, 2008
Sebuah motorsikal berkuasa bawah 150cc dilaporkan hilang pada 2 minggu yang lalu. Motorsikal tersebut yang diletakkan didalam kawasan rumah dan dikunci dengan baik dilaporkan hilang oleh pemiliknya yang tinggal di jalan 1/18, Fasa 7, Bandar Tasik Kesuma. Dipercayai pencuri mengangkat pagar besi kerana pagar didapati dalam keadaan baik. Kebiasaannya bagi kes-kes kecurian motorsikal, pencuri akan […]
continue reading.....