Tepat jam 8:45 pagi larian merentas desa dimulakan dengan larian kumpulan pertama terdiri dari murid-murid Tahun 2. Program ini adalah anjuran Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma yang disertai oleh murid Tahun 2 hingga 6.

Terdapat juga insiden terjatuh seawal mereka dilepaskan dari garisan permulaan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma. Macam perlumbaan F1 pun ada. Mereka begitu bersemangat untuk menjuarai pertandingan ini.

Temuramah kami dengan salah seorang murid Tahun 2;

Blog Admin : “Kenapa tak menang?”

Murid Tahun 2 : “Mestilah budak yang kat depan menang. Cikgu tak susun betul-betul!”

Hai, kalau macam ini nampaknya tahun depan Cikgu kena buat ujian masa untuk tentukan petak permulaan, macam F1 lah pulak.