Saya dengan ini bersetuju tidak akan melanggar etika berblogging di laman blog ini dan saya akan memastikan :

  • Tulisan saya tidak akan menghentam kerajaan.
  • Tulisan saya tidak akan mewakili mana-mana parti samada parti kerajaan ataupun parti pembangkang.
  • Tulisan saya tidak akan menghentam persatuan penduduk
  • Tulisan saya tidak akan menghentam jawatankuasa surau
  • Tulisan saya tidak akan berbau lucah.
  • Tulisan saya tidak akan berunsur hasutan.
  • Tulisan saya tidak akan berbau perkauman.
  • Tulisan saya tidak akan menghina sesebuah agama.
  • Tulisan saya tidak akan menghentam pemaju.
  • Tulisan saya tidak akan berunsur pengiklanan.

Ikrar di atas bukanlah hanya kepada Webmaster tetapi juga kepada sesiapa yang menulis diruangan comments. Pihak Webmaster berhak memintas sebarang tulisan yang melanggar syarat di atas. Adalah menjadi harapan semua, agar tulisan anda dapat dimanfaatkan bagi menyumbang sesuatu kepada warga BTK.

Kepada mereka yang memegang jawatan didalam persatuan penduduk/surau/kelab sukan/rukun tetangga, anda boleh memohon “ID-Pengguna” yang membolehkan anda menulis artikel berkaitan fasa/kelab/KRT anda. Sila buat permohonan rasmi kepada Webmaster secara email di

admin_blogbtk@bandartasikkesuma.com

Sekian,

Webmaster

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Smarking