Tempat-tempat Menarik

Terdapat beberapa tempat menarik untuk dikunjungi di kawasan berhampiran BTK seperti :

Peta Arah Bandar Tasik KesumaAir Terjun Sungai Tekala

Sungai TekalaDari arah Kajang, tempat ini boleh dikunjungi dengan membelok ke kiri di persimpangan lampu isyarat di pekan Semenyih. Jarak dari pekan Semenyih adalah lebih kurang 16km. Terdapat 7 tingkat air terjun didalam kawasan seluas 2.5 ekar.

Kawasan perkelahan ini mudah dikunjungi kerana ia terletak berdekatan dengan pinggir jalan Semenyih-Kuala Klawang tanpa perlu anda meredah hutan belukar untuk sampai ke tapak perkelahan. Terdapat beberapa kemudahan asas yang disediakan seperti tempat persalinan, surau, gerai menjual makanan dan tempat berteduh.

Empangan Semenyih

Di persimpangan lampu isyarat di pekan Semenyih, belok ke kiri dengan memandu sejauh lebih kurang 20km. Empangan SemenyihKawasan ini lebih sesuai bagi pecinta fotografi untuk merakamkan keindahan alam semulajadi di empangan yang menjadi sumber air terpenting di Lembah Kelang.

Kerajaan mendapati bekalan air dari Empangan Batu dan Empangan Pongsun adalah tidak mencukupi dan kerana itu Empangan Semenyih dibina sebagai memenuhi keperluan penduduk Lembah Kelang yang terus bertambah. Lokasi ini dipilih kerana ia berhampiran dengan Lembah Kelang. Kawasan ini dihuni oleh orang asli Temuan. Keluasan empangan ini adalah sekitar 1500 ekar dan mampu menyumbang bekalan air sebanyak 120 juta gelen sehari menjadikannya empangan air yang terbesar di Malaysia. Kos binaan adalah sebanyak RM400 juta dan siap dibina pada tahun 1986.

Ostrich Farm

OstrichTerletak di Sungai Lalang, Semenyih lebih kurang 8km dari persimpangan lampu isyarat di pekan Semenyih. Anda dikehendaki membelok ke kiri di simpang tersebut. Bayaran masuk adalah RM3 untuk dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak.

OSTRICH WONDERLAND
Lot 485, Sungai Lalang,
43500 Semenyih
(03-8724 2680/1)

Dibuka dari Selasa hingga Ahad, termasuk hari cuti umum, dari 10am hingga 6pm

Rabbit Park

ArnabBagi peminat arnab samaada yang ingin membela sahaja ataupun yang menggemari daging arnab, anda bolehlah mengunjungi taman arnab yang terletak di jalan menghala ke Broga. Sepertimana peta jalan yang ditunjukkan di atas, membelok ke kiri di persimpangan yang mempunyai stesen minyak Petronas disebelah kanan anda.

 

 

 


Kesuma Minimoto Park

MinimotoBagi mereka yang meminati dunia sukan bermotor, apa kata jika anda mengunjungi litar comel ini yang terletak di dalam kawasan Bandar Tasik Kesuma. Lokasi sebenar adalah dihadapan Pusat Perniagaan Bandar Tasik Kesuma yang menghadap jalan utama Kajang-Seremban. Hobi ini semakin diminati ramai dan harga sebuah mini bike atau juga dikenali sebagai pocket bike tidaklah mahal, sekitar RM1000-RM1500... sudah tentu bagi yang menggemarinya akan berkata demikian. Anda bagaimana?

Kebiasaannya menjelang malam Sabtu, malam Ahad dan cuti umum akan terdapat barisan pelumba yang beraksi di tapak litar ini. Suasana begitu meriah dengan kehadiran penonton yang menyaksikannya beserta dengan kemudahan untuk mendapatkan makanan dan minuman dari kedai-kedai yang berhampiran.

Sebarang pertanyaan mengenai sewaan tapak boleh diajukan ke amanf1@yahoo.com 

Kita lihat pada petikan artikel jualan berikut :


Petrol powered mini moto pocket bike

Pocket Biking is the latest motor sport hobby currently tearing its way up and down the country. It's all about riding, racing and generally showing off mini superbikes scaled down to approximately 1/2 the length of their full-size counterparts. And one of the best pocket bikes on the circuit is available right here!

1/2 scale fun for full size people

MinimotoYou might be thinking only a child could possibly ride something so small, but it's surprisingly comfortable once you get used to it, and with a weight capacity of 110 kilos (that's just over 17 stone) you'd have to be a proper lardy boy to overload it.

Besides, if you think a machine with a two-stroke 49cc petrol engine capable of speeds over 30 mph (50 km/h) is for kids, you'd be very wrong – this little beauty's for over 14's only.
Pocket bike racing, the new craze!

And if your garden's not big enough to put your Pocket Bike through its paces, don't worry – more and more Pocket Biking events are popping up in car parks, airfields and go-kart circuits nationwide. Whatever you do though, don't take your pocket bike out on a public road – it is not street legal!

Pocket Bike specifications:

    * User age > 14 years old
    * 49cc
    * 13 inches(tubeless)
    * Tank capacity: 1.9L
    * Oil type: petrol: 1:25 engine oil mixing
    * Load: >110KGS
    * Brakes: Disc brakes front and rear
    * Speed: >50km/h
    * Revolving mode: chain driving
    * Torque: 2.4n.m/8000rpm
    * Engine: Blata Two-stroke/49CC
    * Starter: Pull start
    * Cool mode: Air cool

Price: £149.00

Source : http://www.max.tv


Kolam Memancing

Kolam ini terletak di pinggiran Bandar Tasik Kesuma di sebelah belakang Fasa 3. Agak luas juga dan ianya bersebelahan dengan ladang ternakan lembu Lempas Farm & Livestock Sdn Bhd bagi tujuan korban dan aqiqah.

 

 

 

 

 


Ladang Lembu

Ladang ternakan ini terletak di pinggiran Bandar Tasik Kesuma di sebelah belakang Fasa 3. Bersaiz sederhana dan ianya bersebelahan dengan kolam memancing ikan air tawar Kesuma Rimba.

 

Iklan Berbayar

Ingin mengiklankan produk anda disini? Sila hubungi Webmaster .


Dapatkan Panduan Membina Sistem Tenaga Solar Di Sini!
Sedang mencari pekerjaan? Sila klik imej di bawah.

 cari kerja


Dapatkan Tips-tips Penjimatan Elektrik Di sini.

Jom Tengok!

 

 

 

 

 

tawaran

Google

 

 

 

Home
Berita Bandar Tasik Kesuma
Site Map
Fasa Di Dalam BTK
Fasa 1
Fasa 2
Fasa 3
Fasa 4
Fasa 5
Fasa 6
Fasa 7
Fasa 8
Fasa 9
Pusat Pendidikan
Kolej Berhampiran BTK
Sekolah-sekolah Di BTK
Rampaian
Tempat-tempat Menarik Berhampiran BTK
Iklaneka
Sejarah Kawasan Sekitar
Sejarah Kajang
Sejarah Semenyih
Sejarah Beranang
Rujukan
Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah
Panduan Pembeli Rumah
Rukun Tetangga
Skim Rondaan Sukarela
Tabika Perpaduan
Pautan Terpilih
Ejen Hartanah
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Senarai Bank
Blog Bandar Tasik Kesuma
Forum Bandar Tasik Kesuma
Email Groups
Bandar Tasik Kesuma
Sukarelawan Ronda
PAS Cawangan Fasa 7
Umum
Premis Untuk Dijual / Disewa
Nota Kepada Pengiklan
Rumah 1 tingkat
Rumah 2 Tingkat
Rumah Flat
Rumah Banglo
Kedai/Pejabat
Tanah Untuk Dijual / Pajak

 

Click here to join Bandar-Tasik-Kesuma
Click to join Bandar-Tasik-Kesuma