SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

Syarikat Perumahan Negara
Berhad (SPNB) telah ditubuhkan pada 21 Ogos 1997
sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan
Diperbadankan (MOF Inc.) yang telah ditubuhkan bertujuan
menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti
kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Polisi
Perumahan Negara. Sebagai salah sebuah penyedia perumahan mampu
milik berkualiti yang utama di Malaysia dengan pelbagai projek
yang diamanahkan oleh Kerajaan, SPNB mempunyai sumber rangkaian
yang komprehensif.
Visi Menjadi
peneraju utama negara dalam pembangunan rumah
mampu milik yang berkualiti kepada semua rakyat di seluruh
negara.
Misi Komited ke
arah kecemerlangan dalam menyediakan rumah mampu milik yang
berkualiti untuk setiap keluarga sejajar dengan Objektif
Perumahan Negara iaitu menyediakan perumahan yang mencukupi,
berkualiti dan mengikut kemampuan rakyat dari segenap lapisan
masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah.
Profil Syarikat
SPNB bertanggungjawab melaksanakan Skim Rumah Mampu
Milik dan Skim Rumah Mesra Rakyat
untuk memastikan golongan berpendapatan rendah memiliki
kediaman yang mampu dimiliki, Agensi Pelaksana Pemulihan Projek
perumahan yang telah terbengkalai, Kuaters Kerajaan melalui
Syarikat Usahasama SPNB-LTAT Sdn. Bhd. (USL) untuk kakitangan
anggota tentera di Lembah Klang dan pelbagai Projek Khas
seperti perumahan mangsa tsunami di Malaysia dan Acheh serta
penempatan semula kawasan berisiko banjir sepertimana yang
telah diarahkan oleh Kementerian Kewangan.
Selain daripada tanggungjawab utama, SPNB
juga amat dedikasi dalam menyediakan rumah untuk golongan yang
kurang bernasib baik dan keluarga miskin di Malaysia dengan
menyumbangkan sejumlah daripada keuntungan tahunan syarikat
kepada kerja-kerja kebajikan seperti membaikpulih atau membina
semula rumah usang dan uzur yang dikenali sebagai Skim Amal
Jariah.
Bagi memastikan operasi SPNB berjalan
lancar, kini SPNB mempunyai lima buah cawangan iaitu di Pulau
Pinang, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak. SPNB juga merancang
buka dua cawangan lagi di Alor Setar, Kedah dan Kota Bharu,
Kelantan.
Bagaimana Menghubungi
SPNB?
Berminat dengan projek perumahan mereka? Sila hubungi Pejabat
Jualan di talian 03-2057 3207 / 3208 untuk penerangan lanjut
mengenai pelbagai kediaman ditawarkan dengan harga yang amat
berpatutan.
|