Syarikat Perumahan Nasional Berhad
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah ditubuhkan pada 21 Ogos 1997
sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang telah ditubuhkan bertujuan
menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan
Polisi Perumahan Negara. Sebagai salah sebuah penyedia perumahan mampu milik berkualiti yang utama di Malaysia
dengan pelbagai projek yang diamanahkan oleh Kerajaan, SPNB mempunyai sumber rangkaian yang komprehensif.
Visi Menjadi peneraju utama negara dalam
pembangunan rumah mampu milik yang berkualiti kepada semua rakyat di seluruh negara.
Misi Komited ke arah kecemerlangan dalam
menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti untuk setiap keluarga sejajar dengan Objektif Perumahan Negara iaitu
menyediakan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan mengikut kemampuan rakyat dari segenap lapisan masyarakat
terutama golongan berpendapatan rendah.
Profil Syarikat SPNB bertanggungjawab
melaksanakan Skim Rumah Mampu Milik dan Skim Rumah Mesra Rakyat untuk memastikan
golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman yang mampu dimiliki, Agensi Pelaksana Pemulihan Projek perumahan
yang telah terbengkalai, Kuaters Kerajaan melalui Syarikat Usahasama SPNB-LTAT Sdn. Bhd. (USL) untuk kakitangan
anggota tentera di Lembah Klang dan pelbagai Projek Khas seperti perumahan mangsa tsunami di Malaysia dan Acheh
serta penempatan semula kawasan berisiko banjir sepertimana yang telah diarahkan oleh Kementerian Kewangan.
Selain daripada tanggungjawab utama, SPNB juga amat dedikasi dalam menyediakan rumah untuk
golongan yang kurang bernasib baik dan keluarga miskin di Malaysia dengan menyumbangkan sejumlah daripada
keuntungan tahunan syarikat kepada kerja-kerja kebajikan seperti membaikpulih atau membina semula rumah usang dan
uzur yang dikenali sebagai Skim Amal Jariah.
Bagi memastikan operasi SPNB berjalan lancar, kini SPNB mempunyai lima buah cawangan iaitu di
Pulau Pinang, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak. SPNB juga merancang buka dua cawangan lagi di Alor Setar, Kedah dan
Kota Bharu, Kelantan.
Bagaimana Menghubungi SPNB? Berminat dengan
projek perumahan mereka? Sila hubungi Pejabat Jualan di talian 03-2057 3207 / 3208 untuk penerangan lanjut mengenai
pelbagai kediaman ditawarkan dengan harga yang amat berpatutan.
Syarikat Perumahan Negara Berhad
(444205-M)
10th Floor, Bangunan MAS,
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Bahagian Jualan &
Pemasaran:
03-2057 3333 / 03-2057 3207 /
03-2057 3208
03-2168 8246
sales_marketing@spnb.com.my |
Bahagian Komunikasi Korporat
& Perkhidmatan:
603-2057 3448 / 2052 3858 / 2057
3437 / 2052 3877
pr@spnb.com.my |
Nota : Maklumat dipetik dari laman web Syarikat Perumahan Negara Berhad
|