Semenyih Sentral
Terletak di pekan Semenyih kira-kira 5 kilometer dari Bandar Tasik Kesuma. Semenyih adalah kawasan yang akan
dilalui oleh anda sekiranya anda menuju ke Bandar Tasik Kesuma dari arah Kajang.

Di sinilah juga terletaknya terminal bas dan kereta sewa yang berada di sebelah dalam kawasan Semenyih
Sentral.
Antara jenis-jenis perniagaan yang boleh didapati di sini ialah :
- Pasaraya The Store
- Klinik kesihatan
- Restoran
- Kedai Motorsikal Berkuasa Tinggi
- Pusat Servis Kereta dan Aksesori
- Kedai Buku
- Kedai Komputer dan Cybercafe
Di kawasan pekan Semenyih pula anda akan dapat melakukan urusan perbankan. Pada ketika ini terdapat beberapa
bank yang beroperasi antaranya :
- Maybank
- Hong Leong Bank
- Bank Simpanan Nasional
- Public Bank
- Ambank
- EON Bank

|