Sejarah Semenyih
Semenyih
ialah sebuah pekan di Selangor, Malaysia, kira-kira 8 km ke
arah tenggara Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban. Pekan
ini mempunyai nama yang sama dengan Sungai Semenyih iaitu
sungai utama yang mengalir berdekatan dengan pekan
Semenyih.

Istilah
Tidak wujud istilah Semenyih ini di
dalam mana-mana kamus. Oleh itu istilah Semenyih ini merupakan
istilah yang dicipta oleh masyarakat tempatan sahaja dan
berkaitan dengan sejarah masa lampau.
Menurut cerita lisan, istilah ini merupakan
dialek orang Negeri Sembilan yang bermaksud ' sembunyi '.
Istilah ini berpunca daripada perintah Engku Husain kepada
pengikutnya supaya bersembunyi dari buruan pemerintah Negeri
Sembilan.
Mengikut sejarah, Semenyih ini asalnya di bawah
pemerintahan Negeri Sembilan dan Lukut di bawah pemerintahan
negeri Selangor. Semasa zaman Sultan Abdul Samad, Lukut
diserahkan kepada Negeri Sembilan dan Semenyih diserahkan
kepada Negeri Selangor.
Lokasi
Di dalam peta topografi, Kedudukan di dalam
peta ialah latitud Utara 2° 57' , longitud Timur 101° 50' .
Ketinggian pada 43 meter dari aras laut.
Semenyih terletak dalam negeri Selangor Darul
Ehsan. Tetapi penduduk luar masih keliru, mereka masih
menganggap Semenyih terletak di dalam Negeri Sembilan.
Pekan Semenyih salah sebuah dari 9 buah mukim
di Daerah Hulu Langat. Mukim lain di daerah Hulu Langat ialah
Hulu Semenyih, Beranang, Ampang, Cheras, Dusun Tua dan
Kajang.
Jarak
Jarak di antara Semenyih dengan bandar atau
pekan yang berhampiran adalah seperti berikut :
|